Sunday, 29 November 2015

Hidupkan hati dengan Zikrullah

Bismillahirrahmanirahim. .
Assalamualaikum wbt..

Aku pernah bagi tazkirah depan kelas aku tentang zikir. So, harini nak kongsi semula disini supaya aku tak lupa.

Okay..hmm
Hati yang berzikir ni adalah hati yang hidup.

Banyakkanla daripada kita untuk lebih mengingati Allah. Yakni banyakkan berzikir. Kaitkan apa yg kita cakap dengan Allah.

Kurangkanla daripada kita daripada brcakap yg sia2 dan buruk. Dahulukan akal daripada lidah sebelum kita berbicara. tolonglah stop mulut kita ni drpda mencarut. Misalnya B.o.d.o.h dan sebagainya..bagi sesetengah kita mungkin perkataan tu dah biasa sbb selalu ckp dan jadi immune dgn khidupan seharian kita. So bgi kita takde bende pun. Tapi org lain yg dengar?adkah mereka biasa dengar? ia tetap buruk kan bila didengar orang..tanpa kita sedar..prkataan yg selalu kita sebut tu telah  mnjadikan hati kita ni keras dan berpotensi menjadi hati yang mati. Dan sperti nabi sebut...orang yang jauh dengan Allah adalah orang yang hatinya keras. ALLAHUROBBI..wa nauzubillah.

Ketahuilah drpd kita bahawa bila hidup kita ni dah jauh drpd Allah, khidupan kita jadi sia-sia. Saya ulang. Sia-sia !
Boleh ke kita hidup kalau Allah dah jauh dari kita? Susah hidup insani itu ble diri dia jauh dengan Allah kerana kehidupan seharian kita mgrapkan belas ihsan dan rahmat tuhan. Betul?

Ya Benar...hari2 kita solat, baca quran, buat amalan sunat dan sebagainya..perfect la! Dan dengan itu kita sangka kita dah dekat dengan tuhan? Benar begitu?..tapi kemanisan ibadah tu sebenarnya dah takde bila kita jauh dengan Allah. Hati kita tidak lagi bersama Allah. Kadang2 dalam solat teringat kat bende lain..dalam solat ni sedang berhadapan dengan Allah masih lagi kita ingat benda lain. ALAHH.. apatah lagi di luar solat?sejauh mana kita ingat Allah? Sejauh mana kita kaitkan percakapan kita ni dengan Allah?..kadang2 kita rasa susah nak menangis depan allah ketika berdoa..ketahuilah, hati kita da keras sebenarnya..kita jauh dengan Allah..sebab tu hilangnya kemanisan dalam beribadah tu tak lain tak bukan sebab ‘kemanisan’ maksiat mula menyibuk dalam ruang hati. sikit-sikit dia ambik tempat.


Jadi sahabat yg disayangi kerana Allah, jangan tunggu hati kita nak bersih baru nak zikir tapi berzikirlah untuk bersihkan hati.. 

Otw nak menuju mana2 naik motor naik kereta atau jalan kaki sekalipun..tak salah kan kalau kita nak berzikir atau berselawat?ingat Allah je pun dah memadai..biarlah orang kata kita ni bajet/ syadid dengan mulut kita terkumat kamit zikir camtu kononnya alim la kan. Allah je boleh menilai kita sejauh mana kita ikhlas atau tidak dalam berzikir..Basahkan bibir kita ingat Allah spanjang perjalanan kita nak kemana2 pun. Allah akan memayungi kita dengan rahmat Dia yang maha luas sepanjang perjalanan kita..dan kalau-kalau kita mati dalam perjalann kita, kita mati ketika mana hati sedang bersama Allah..ketika iman sedang memuncak . Subhanallah! Khusnul khatimah pengakhiran kita insha Allah..

Bercinta la dengan Allah dengan berzikir..bercintalah dengan kalamullah yakni surat cinta Allah. Berbahagialah dengan berzikir mengenal Allah. Barulah Hidup kita ini terarah. 

Jika betul diri kita ini ikhlas bermujahadah..buktikan dan nilaikanlah sebaik mungkin jihad kita tu. 

Yang baik dari Allah jua dan segala kekhilafan dari diri sya yg khilaf ini.
Semoga beroleh manfaat 
Wallahu Alam..

Nukilan di petang yang hening,
NURUL SYAKIRIN BT AHMAD ♡


Maaf atas segala salah bicara saya .
Saya khilaf. Mohon nasihat di ruangan shoutbox di sebelah kanan blog atau di ruangan komen ☺

Friday, 27 November 2015

Mana kau yang dulu..

Usai kelas Kajian Teks Tafsir bersama Ustazah Tasnim, lecturer aku yang baru sahaja selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel gebu gebas hehe. Aku ni paling minat subjek tafsir sejak di bangku sekolah lagi. Memang subjek tafsir termasuk dalam madah (pelajaran) aku belajar di bangku sekolah dulu sebab aku bersekolah swasta Abim dan wajib ambil peperiksaan PMRU (penilaian menengah rendah ugama) ketika di Tingkatan 2.

PMRU ni semuanya madah diniah yang dipelajari 'fully arabic' iaitu Mutholaah nusus, Nahu saraf, Insya', Khat, Tafsir, Hadis, Feqh, Tauhid, Bahasa Arab, Al-Quran, PAI (pendidikan agama Islam), Sirah dan termasuk subjek BM dan BI. Kiranya dalam berbelas-belas subjek jugalah kalau termasuk dalam subjek PMR. Tafsir antara salah satu madah yang aku suka dan boleh skor Alhamdulillah. Disebabkan minat pernahlah dapat 'fullmark' untuk exam. Aku bersyukur sangat dapat belajar semua ni. Dapat pendedahan awal tentang madah ni. Kalau nak diikutkan apa yang aku belajar di universiti sekarang ni semuanya aku dah belajar dahulu. Cuma antara ingat atau tidak sahaja. Ruginya sebab banyak yang sudah lupa. Kalau dulu rasa bagai nak gila pun ada menghafal punya banyak dalam bahasa Arab semuanya. 'Feeling' macam budak U pun ada sebab punyalah susah aku rasa belajar dulu. Bezanya dulu aku jenis senang nak menghafal walaupun bukan hafizah. Mungkin atas faktor ketiadaan telefon android memudahkan proses pembelajaran dan penghafalan aku . Henfon aku dulu cikai je, canggihnya boleh buka radio je dan boleh call mesej. Waktu tu kawan-kawan aku semuanya dah ada telefon pintar, canggih dan dah ada laman sosial yang dulunya aku pun tak faham apalah fungsi fb myspace google dan sebagainya. Buta IT memang selayaknya bagi aku dulu hoho. Semuanya ada hikmah sebab Allah nak suruh aku fokus belajar. Kawan-kawan aku selalu juga tanya soalan pelik-pelik pada aku.

"Weh, macam mana kau boleh skor 90% ke atas semua subjek diniah?? Macam mana kau boleh menghafal banyak-bayak weh? Pelik la aku..geram pun ada." 

"Aku takdelah study hard yang kau sangkakan. Kalau nampak aku rajin semacam tu haa sandiwara belaka. Aku fahamkan je apa yang ustaz ajar pastu aku hafallah sikit-sikit macamtu".

Bukan aku nak berlagak tapi tulusly lah aku kata sebab masa aku dulu memang banyak sampai tak tahu nak buat apa. Seperti yang aku katakan aku takde laman sosial walaupun satu. Telefon pun 'samsung champ' yang takde android tu. Radio je selalu buka sampai ke tengah malam nak tidur. Haa radio Ikim adalah peneman setia aku. Tepat pukul 12 malam adalah diputarkan alunan merdu ayat suci alquran di radio tersebut sampaikan aku terlelap. Jadi, kalau kawan-kawan aku sembang tentang 'likers' ke 'share' ke apa ke benda semua tu memang akulah orang paling tak faham sekali. Kesian betul hidup aku. Nasib baik aku ada kawan sekepala yang kepala sama naik dengan aku dulu. Sama-sama takde telefon pintar, sama-sama takde laman sosial, sama-sama berdaya saing dalam apa jua subjek. Dia antara yang top 3 top 5 dalam batch dari form 1 sampai form 3. Aku tidaklah sepandai dia. Setakat top 5 top 10 je aku mampu. 

Pernah aku dapat 100% dalam madah kegemaran aku, Tafsir sedangkan dia dapat 99%. Dia punya tak puas hati tu sampai jumpa ustaz menagih 1% markah untuk dapat 100%. Padahal dia dah dapat 100% dalam madah Nahu sedangkan aku dapat rendah dari dia. Haha kelakar pula ingat semula semua itu. 

Kalau waktu nak dekat peperiksaan, boleh mogok lapar aku duduk menghafal sorang-sorang dalam bilik macam orang tak betul. Janganlah siapa-siapa berani nak kacau aku waktu tu. Dalam 2-3 jam barulah aku keluar bilik dengan muka 'happy' berjaya menghafal tapi lepas tu tak banyak cakap dah sebab takut hilang hafalan hahaha. Sejujurnya aku rindu 'aku' yang dulu yang punya banyak masa. Bukan sepanjang masa bersama telefon masing-masing. 

Zaman dah banyak berubah. Kenangan hanya tinggal kenangan. Sehingga tibalah masanya aku juga perlu mengikut peredaran masa dan jadi maju sikit seperti orang lain. Disebabkan sudah memasuki alam universiti, aku mula membeli telefon yang agak canggih bagi aku. Agak janggal pada mulanya tapi segalanya diajar oleh adik lelaki aku yang agak 'pro' kalau bab-bab elektronik dan seangkatan denganya. 
Macam-macam dimuat turunnya ke dalam telefonku. Sememangnya tiada satu pun lama sosial yang aku buat sendiri. Semuanya orang lain yang tolong buatkan. Facebook? Kawan sekolah lama aku buatkan. Whatssap? Adik aku buatkan untuk aku. Wechat? 'Roomate universiti' buat. Insta? Sepupu tolong. Twitter? Kawan buat juga. Haa amikk! Semua laman sosial aku ada tapi takde satu pun aku buat sendiri. Emel ke apa ke benda semua tu memang aku tak faham langsung. Kecuali satu je aku buat sendiri iaitu blog ni hehe. 

Sejak tu, aku dapat rasa masa tu makin berjalan dengan laju dan banyak masa aku dihabiskan dengan makhluk tak bernyawa tu. Astaghfirullah al-azim. Seolah-olah ketagih untuk membuka dan membeleknya setiap hari. Rasa menyesal kadang-kadang menerjah minda aku bertubi-tubi. 'Kalaulah kau takde fon canggih macam dulu, mungkin kau tak jadi macam ni'. Cepat-cepat aku istighfar semula Sebenarnya ada juga faedah dan hikmahnya. Lagha-lagha (sia-sia) pun telefon ni, aku boleh 'download' aplikasi yang bermanfaat macam mathurat, al-quran majeed, ayat ruqyah dan sebagainya. Alhamdulillah. Kita cuma hanya perlu pandai menggunakannya ke arah jalan yang Allah redhai. 

Percayalah, kita punya masa sekarang ni banyak kat telefon je. Pastu masa rasa cepat berjalan sebab banyak masa sudah dihabiskan dengan makhluk tu. Aku yang dulunya mudah nak menghafal. Sekarang ni, rasa macam susahnya ya Allah nak menghafal. Allah, adakah petanda gelapnya hati?? Waiyazubillah min zalik. Semoga dijauhkan Amiinn. 

Perbanyakkanlah membuka surat cinta Allah (al-Quran) daripada banyak menghabiskan masa-masa kita dengan telefon kita yang canggih tu. Tak luak apa pun kalau kita tak buka laman sosial dalam masa sehari. Tak berhabuk pun lah. Lagi rugi tak baca surat Allah dalam masa sehari. Cuba bayangkan kalau al-Quran pun ada 'last seen' sepertimana kita membuka whatssap. Mesti hari-hari kita sentap dengan perilaku kita sendiri. Malu dengan Allah. Malu! Mana nak letak muka. ALLAH... 

Apabila fahami dan hayati disebalik apa yang tersirat dalam al-Quran, sejujurnya aku cakap airmata kita automatik bertakung di dua belah kelopak mata dan 'spontaneously' menangis malu di depan Allah. Masa kita yang selayaknya banyak bersama Allah, telah kita habiskan sia-sia pada perkara yang sedikit pun tidak memberi manfaat pada diri kita sendiri.

Baru kini aku faham kenapa sekarang susah untuk aku menghafal. Aku dah kalah dengan ujian zaman moden. Aku kalah dengan diri sendiri. Aku sedar yang aku harus segera bangkit cari semula identiti aku dulu yang sebenarnya. Bangkit cari semula Allah dalam diri sebab hanya Allah matlamat utama tujuan hidup kita. 

Jangan kita kalah lagi dengan mainan dan agenda Yahudi laknatullah ini yang ingin menghancurkan umat Islam dengan peralatan moden dan canggihnya. Lemahnya kita umat Islam masa kini kerana semudah-mudahnya tergadai maruah agama kita. Agama sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan tanpa kita sedar. Allahu Rabbi. Teringat semula akan kata-kata guru Sejarah aku. 

"Orang Yahudi ni pandai. Dia nak jatuhkan Islam ni bukannya susah. Mereka tak perlu hantar bala tentera mereka. Cukup hanya mereka jatuhkan Islam melalui umat Islam sendiri iaitu dengan merosakkan umat Islam."

Memang benar. Mereka buat macam-macam membuatkan umat Islam lalai dengan permainan mereka. Kenapa kita masih tak sedar? Mereka seronok menipu sedangkan kita seronok ditipu. Kekuatan umat Islam sendiri sekarang ni menjadi lemah apabila tiada kekuatan dalaman yang mana hati yang dekat dengan Allah.

Semoga Hidayah (petunjuk) itu sentiasa milik kita. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada perkara-perkara yang membuatkan aku lalai daripada mengingati-Mu ya Rabb. Aku takut sekali akan azab-Mu dan aku cuma ingin mencari Redha-Mu ya Tuhan. 

Gunakanlah kemudahan yang ada sebagai medan untuk kita melebarkan sayap dalam berdakwah. Setiap sesuatu perkara mesti ada 'pro' dan 'kontra'nya. Perlu hanya pandai mencari dalam aspek kehidupan yang sebenarnya. Wallahu'alam.

Maaf salah silap. Assalamualaikum.

Saturday, 21 November 2015

Kemenangan yang ditangguh

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t ☺


Alhamdulillah kita masih lagi merasai nikmat Islam dan Iman pada hari ini.



Happy weekend to me hihi. Cuti2 pun banyak kerja nak diselesaikan ni hmm. Student kan mestilah. Mana ada belajar nak mudah je. Imam Syafie pernah menyebut : "Jika engkau tidak tahan akan penatnya belajar, maka engkau akan menanggung peritnya kebodohan."



Insha Allah tentu adanya kemanisan di kemudian hari. Jadi, perlunya sabar, usaha dan istiqomah. Hari ni hati begitu lapang, senang dan gembira. Entah mengapa rasa senang sangat harini. Alhamdulillah ya Rabb. Tapi kadang-kadang diri ini juga diulit resah apabila terlalu duduk di dalam zon selesa sedangkan saudara-saudara seislam kita di Syria, Palestin dll hidup dalam keadaan tidak aman. Setiap hari dihujani peluru das tembakan yang tidak pernah lekang di setiap penjuru negara mereka.




ALLAHU ALLAH,
Selamatkan lah saudara seislamku
Hancurlah israel.
Hanya doa yang mampu ku kirimkan
Kerana doa itu yang menyatu
Sabarlah saudaraku sayang, kemenangan pasti milik kita suatu hari  nanti.


Lagian, diri ini begitu cemburu 

Kerana tingginya taqwamu hadapi dugaan Tuhan yang dahsyat ini
Betapa sayangnya Tuhan padamu saudaraku.


Jiwamu begitu kental

Kau masih tersenyum atas dugaan ini
Sedikit pun engkau tidak menyalahi tuhan
Malah imanmu makin bertambah
Ya, aku cemburu denganmu saudaraku
Hatta, diri ini masih belum mampu hadapi dugaan Tuhan yang sekelumit jua
Diri ini mudah rebah, jatuh dihimpit dugaan Tuhan yang dahsyat
Begitu rapuh sekali imanku saudaraku
Jauh sekali berbanding dengan dirimu

Allah memberi sebesar-besar peluang untukmu menggapai syurga
Dengan syahidnya dirimu menentang musuh Tuhan
Sedangkan aku disini masih lagi mencari hala tuju yang belum menentu
Hala tujumu jelas dan satu
Iaitu menuju Tuhan, merebutkan syahid, menjadi burung hijau di syurgaNya
Alangkah indah dan sucinya impianmu
Ah! aku cemburu sekali
Aku juga ingin dilamar syahid sepertimu
Ya Rabb, berikanku peluang untuk menghiasi jannahMu dengan syahid


Biarpun Saudaraku, 

Aku ingin sekali kau tahu
Aku bersama dengan matlamat yang kau tuju
Matlamat yang sama yakni menuju Tuhan
Doaku juga sentiasa mengirimu...


Nukilan sebenar ; Nurul Syakirin binti Ahmad



Sebaknya Ya Allah, apalah nasib mereka di sana sekarang kan? . Aku tak buat apa-apa pun untuk mereka. Lemahnya aku ni. Ya Allah, nilaikan sebenar doaku buat mereka disana. Sampaikan lah Ya Rabb. 


Sungguh aku yakin denganMu ya Allah, kemenangan itu pasti akan datang. Buat masa ini. Engkau berilah kesabaran untuk mereka menghadapi dugaanMu yang Maha Dahsyat ini.



Kita di sini? Boleh buat apa? Doa lah buat mereka. Sesungguhnya doa itu senjata bagi Mukmin. Jangan lupa doa ya. Itu je yang mampu kita lakukan.



okay itu sahaja nak kongsi. Banyak lagi nak kongsi tapi tak boleh sebab dah masuk Maghrib.


Salam Maghrib ! =)

Saturday, 10 October 2015

Please la ! Have faith

coretanku_nasihat_lebihuntukdirisendiri_danjuga_untukkamu


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



Please.have faith!

Kau baca dgn mata hati..dah lama aku nk ckpkan ni.

Kau kena rasa kau bertuhan. kalau tak..hidup kau mcam tu je takde hala tuju.

Hijrah sebelum terlambat.

Ummi baba tak redho kalau perangai kau x elok..so kalau parents tak redho, kalaula contoh mati accident ke, kau pikir Allah berkati ke pemergian kau mcam tu?kau nak ke mati macam tu?tak teringin eh mati dlm keadaan husnul khatimah?

Bile org tegur sikit, kata ' tak payah nk sekolahkn aku' / ' tak payah nak ceramh agama la'...

Eh! Habis tu hidup ni tak payah ditegur la?hello..org beragama alim ulama pun perlukan nasihat tau..inikan kita hamba biasa.

Kalau byk kali jatuh lubang dosa  terus bangkit cari semula Allah..sebab apa? Sebab kau akan rasa resah gelisah dgn dosa.
Ke kau...Tak rasa apa2 dlm lubang dosa?..selesa eh hidup dlm keadaan Allah tak suka?Allah murka?

Aku bukan nak berlagak alim...tapi salah ke kalau kita nak berpimpin tangan masuk syurga sama2?salah ke?cuba jawab...salah aku ke kalau aku tegur😔

Kau kata..

"nanti org berubah la"
"Nanti la"
Smpai ble nk ckap mcamtu?sampai ajal da msuk kerongkong?tak guna da pastu

Kau nak tahu kondisi hati kau sekarang?bersih ke kotor..iaitu bilamana org tegur

Kalau hati yg bersih, org tegur, dia berlapang dada terima ngan baik n berubah.

Tapi..kalau hati tu dah kotor busuk ngan najis maksiat, org cakap apa2 pun tak guna kat dia n dia rasa panas n nak marah..wah, itu namanya syaitan sudh brjaya msuk lubang hati kau.

Org tegur bukan utk kau je tpi lebih kpd diri sendiri. Yelah telinga lebih dekat dgn mulut yg berbicara.

Alquran da brpe lama tak sentuh?..kalau nak hati lembut, just Alquran can cure your heart. Percayala. Itu surat cinta Allah. It is only way u want step closer to Allah. Hidup kalau tak berpegang ngan alquran sunnah macam ni la jadinya.

Kat mana pun kau, Allah sntiasa ada ngan kau. Tak kira la waktu tu kau igt Allah atau tak..Allah always be there for us.Always T_T

But us?  Always forgetting Him

Allahu Akbar..kita mmg hamba tak berguna kan?
Bila susah je kita ingat Allah, time senang Allah tah kemana.
Time solat pun boleh tak igt Allah, apatah lagi di luar solat.

Kau...pernah tak rasa mcam ni :

'Alaaaah, dosa aku buat takla byk sgt..takdela smpai bunuh minum arak sume tu..

Ingatla dgan kau rasa mcam tu..dosa kau sememangnya byk.

Org brmksiat menganggap dosa itu seperti lalat yg hinggap di bajunya tapi..

Orang beriman tinggi menganggap dosanya seperti gunung yg tersandar di dua belah bahunya. Berat !

Tanya diri tu semula..apa tujuan Allah jadikan aku?adakah mmbuang masa macam ni?...

Allah jadikan kita semua bersebab bukan utk hidup macam tu je..kalo tak sia2 je Allah jadikan kita ni.
Jika kau rasa hidup kau ni takde life, so buat apa Allah biarkan kau hidup. Baik Allah matikan kau terus je dari hidup mendatangkan murka Allah kat atas muka bumi ni.


Kita dari kecik lagi parents bgi pelajran msuk sekolah agama. Ada sebab kenapa Allah pilih kita masuk sekolah agama dulu. Sebabnya Allah nk kita jadi org yg brguna pada agama. Tapi apa fungsi kita pd agama skrang ni?tepuk dada tanya iman..

Dalam berjuta juta manusia Allah was choosing us utk pelajari agama..we were so lucky but  now..why you were being like this? Silap Allah or silap mak ayh lgi ke?
Pilihan kat tgan kita..Allah kata. Innallaha la yughoiyiru ma min kaumin. Allah takkan mgubah ssuatu kaum shingga kaum itu merubah diri dia sndri. So its starting from u now..jgan tggu hidayah Allah tapi cari hidayah tu..dia ada kt sekeliling kau. alquran pun hidayah Dia tapi kau yg tak baca tak tadabbur..so salah sape lagi?

Ni nasihat bukan dari aku tapi dari Allah melalui aku sbb Allah yg ilhamkan apa yg aku tulis ni. 

Kalau dlam hati kita terusik, harapnya bukanlah sekejap je. But buat perubahan kayh.

Move onn Sya !
Nasihat dari aku untuk aku. 

*p/s : sorry bahasa aku mmg kasar sbb aku ckp kat diri sendiri :) Memang itu cara aku untuk sedarkan diri aku setiap hari. Tempelak diri sendiri. Cubalah!

But actually sahabatku yang amat kukasihi kerana Allah..kamu pun dah baca kat atas tu kan? Thats mean itu nasihat untuk kamu juga.

Sebab..hakikatnya teguran itu datang dari Allah. Jangan lupa, Allah yang gerakkan hati kamu untuk baca ni. Allah menggerakkan hati manusia kerana sayang dan cintaNya Dia pada manusia.

Bila ditegur ada yang akan melenting.
Menyindir kembali bila ditegur.
Tidak kisahlah siapa yang menegur atau caranya menegur. Terima.

Jika iman kita masih ada kita akan berlapang dada, kalau masih merungut dan membalas kembali bila ditegur, tepuk dada tanya diri .

Masih adakah iman didalam diri kita ?

Orang yang masih punya iman dia akan berlapang dada dan menerima setiap teguran dengan hati yang terbuka.

Allah masih sayang. 
Ingatlah 

Nasihat itu cinta dan cinta datangnya dari Allah.

Pemilik segala Cinta yang maha Agung dimuka bumi ini.

Terimalah cinta itu dengan sebaik2 sambutan dan berbahagialah kamu dengan cintaNya :)

Itu sahaja untuk entry kali ini..Moga beroleh manfaat dunia akhirat sahabatku sayang.

Assalamualaikum ahlul jannah !


Friday, 7 August 2015

Sesuatu yang pasti..

Assalamualaikum w.b.t..
Rasanya tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan "Kullu am wa antum bi kheir,,Taqabballahu minna wa minkum"..Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin..Sebulan kita melatih iman kita pada bulan tarbiyah bulan mulia, semoga kita menjadi hamba yang qowiy di medan pertempuran sebenar selepas bulan Ramadhan dan moga setiap amalan kita diterima dan diberkati Allah. Insha Allah amiinn..

Hari ni aku tertarik untuk ceritakan tentang mati..ya mati T_T ..sebut pasal mati ni memang akan mematikan keseronokan kita..mematikan kelazatan dunia..memotong kelazatan.
Setiap yang hidup pasti mati. Kullu nafsin zaikatul mauts..Dalam dunia ni ada dua orang yang beruntung iaitu apabila dia mati dia ada bekalan..dan bila mati dia masuk syurga..Dalam kitab sakaratul maut mengatakan, orang yang mati pasti dan mesti akan melalui Sakaratul Maut.. Allahh. Kalau kita nak tahu, malaikat maut akan menziarahi kita 70 kali sehari 24 jam setiap masa. Kalaulah kita ni sedar dan terserempak dengan malaikat setiap kali dia ziarah kita, mesti kita ni akan sibuk buat baikk je n x buat perkara sia-sia kan? tapi sayangnya, kita lupa akan hakikat tu. 

Malam tadi aku mimpi aku sudah menemui ajal. Mimpi tu seakan-akan benar berlaku pada diri aku di mana aku dapat melihat diri aku dimandikan oleh orang ramai. Ya ALLAH aku takut sangat pada waktu tu..aku menangis sendirian sebab aku bakal meninggalkan dunia ni..tinggalkan keluarga dan orang-orang yang tersayang..dan paling sedih amal aku tak seberapa lagi dan dosa aku menggunung tinggi bagaikan tak mampu lagi ditanggung oleh kedua-dua bahuku tapi Alhamdulillah dlam mimpi tu,,aku dalam keadaan yang sempat bertaubat kepada Allah. Kiranya dalam mimpi tu aku mati dalam khusnul khatimah sebab aku rasa tenang je dalam mimpi tu tapi hampa sebab lepas tu aku tersedar dari mimpi dan aku kembali ke alam yang nyata. Aku tersedar dalam pukul 3 pagi macam tu dan memang tak dapat nak gambarkan bagaimana gembiranya hati aku sebab Allah bagi peluang lagi kat aku untuk menambahkan  amal nak bawa jumpa Allah nanti..aku seakan-akan diberi peluang kedua oleh Allah. Alhamdulillah ya Allah..kau beri aku peluang untuk aku berbakti kepada orang tuaku..Alhamdulillah...pada malam tu bibir aku tak henti-henti untuk menyebut kalimah syukur dan taubat T_T

Kalau boleh malam tu juga aku nak buat solat taubat dan sujud syukur tapi aku uzur time tu jadi aku mampu ucap syukur smpai aku terlelap kembali. Tapi bila difikirkan semula alangkah indahnya kalau aku mati je malam tadi sebabnya dalam mimpi tu aku kembali dalam keadaan yang baik..tapi aku tahu ada hikmahnya disebalik semua tu. Ada sesuatu yang telah Allah rencanakan untuk hidup aku. Terima kasih Allah :')



Aku ingat lagi ketika aku berumur 15 tahun. Pada ketika itu aku berada di rumah ciknoi . Dan masih segar lagi di ingatan aku waktu tu hari Sabtu ada gathering kat rumah ciknoi, makan masak sesama di rumahnya. Sebabnya waktu tu cikyah(isteri ciknoi) dah sakit-sakit (cancer stage 4),hanya terlantar di katil,, jadi kami ni datangla ramai-ramai ke rumahnya untuk ziarah dan dapatla gembirakan hatinya sikit..lagi-lagi waktu tu tengah weekend, semua memang free. Petang tu pula mak-mak saudara termasuk ummi(mak aku) ni cadangnya nak buat kuih puteri mandi kat rumahnya. Jadi untuk beli bahan-bahan nak buat kuih tu, makcik2 aku ni semuanya (kecuali arwah cikyah) keluarlah beli barang naik sebuah kereta. Tinggallah bapa saudara, sepupu sepapat kecik-kecik ni je kat umah ciknoi. Entahlah aku pun pelik. Yelah nak beli bahan buat kuih bukan banyak sangat pun jadi tak payah la semua makcik aku ni nk keluar..biarlah sorang je yang tolong belikan ke apa kan..tapi tulah aturan Allah sudah begitu.

Waktu mak2 saudara sume ni kat luar beli barang,.pak sedara sumenya tido dlam pukul tiga camtu..aku ngan sepupu yang lain semuanya tengah tengok tv dan kebetulan tengah tengok Movie Melayu tajuknya 'mati'. Aku memang tak minat cerita tu so memang tak layan sangat. Aku dan Dek'a (anak arwah cikyah) berbual-bual..tapi bukan bual-bual kosong. Kami bercakap tentang mati dan tanda-tanda mati sebab kebetulan movie pun tentang mati kan..Bual punya bual tiba-tiba dek'a tergerak hati nak tengok ibu dia yang terlantar sakit di bilik..aku tak tahu pun dia nak pergi mana. Aku pun pelik..'eh, Dek'a nak pergi mana kan'..dan aku pun tergerak hati nak tengok cikyah tanpa aku tahu yang Dek'a pun sebenarnya gi jengok ibunya di bilik..Masuk-masuk je bilik..terdengar kuat esakan Dek'a dengan linangan air matanya  yang tidak henti-henti.

"Ibu !! Ibu !..ibu kenapa ni..kenapa dengan ibu ni..ibu jangan macam ni.."..tangisnya sambil memegang tangan ibunya.

Melihat keadaan arwah cikyah ketika itu..Allah...tangannya menggigil kedepan dan matanya seperti memandang sesuatu yang amat menakutkan, badannya kaku..Allahu ya Allah.

Waktu tu bagaikan tidak tertahan..berderai juga air mataku..aku tak mampu nak buat apa. Aku juga memegang tangan arwah cikyah..sejuk!..keadaan di kamarnya ketika itu kalut..tak mampu nak buat apa.

"Ya Allah ! kenapa dengan cikyah Dek'a?! Cikyah... ya Allah.."..tangisku. Aku pegang tangan cikyah yang ketika itu menggigil dengan kuat..

"Kita tak tahu kenapa..ya Allah kenapa dengan ibu ya Allah!!." juraian airmata semakin laju.

"Dek'a..sabar Dek'a sabar..Allah.."..aku pun dengan pantasnya pergi mengejutkan semua bapa saudara yang tidur tDI. Ciknoi berkejar terus ke bilik dan memeluk erat isterinya yang sedang nazak. Tidak dapat aku gambarkan suasana ketika itu yang begitu pilu untuk aku putar kembali. Aku terus capai mana-mana telefon bimbit yang ada. Punat ditekan dan panggilan masuk berhubung kepada ibu saudaraku.

"Makteh..balik sekarang! cepat! tak payah beli apa-apa..", ujarku segera dengan deraian air mata.

"Ya Allah..dah kenapa ni?",kata Makteh kebingungan yang tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Cikyah..cikyah..dia nazak..badannya menggigil..",getar suaraku di hujung talian.
Tanpa membuang masa, aku terus memutuskan talian dan segera meluru masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan cikyah. Tetap sama! . Hati aku semakin cemas ketika itu lantar aku menelefon ibu saudaraku untuk kedua kalinya pula. Kali ini aku dapat mendengar esakan kuat Makteh dan kesemuanya yang berada dalam kereta. Belum sempat aku berbicara..dia terus memotong bicaraku.

"Ya ya makteh semua dalam perjalanan..",ujarnya sambil deselangi esakan.

Tidak lama kemudian, mereka sampai dan terus masuk ke bilik dan mendekati arwah yang ketika itu sedang nazak. Tidak beberapa lama, kamar arwah sudah pun dipenuhi dengan sanak saudara dan juga kenalannya datang menziarah. Bergema bilik itu dengan bacaan Yassin. Anak-anak arwah ketika itu mampu mengungkap tangis dan seperti sudah tidak berdaya lagi untuk menangis. Aku hanya mampu memeluk erat tubuh mereka sambil memberi kata-kata semangat dan sambil-sambil tu aku cuba pegang-pegang tubuh arwah yang sedang nazak. 

"Ibu..ingat Allah bu..Allah,Allah, Allah...", kedengaran suara anak-anak arwah tidak putus-putus untuk mengajar ibu yang dicintai menyebut kalimah tauhid itu.

Tepat pada jam empat setengah selepas asar, arwah pergi menemui Ilahi. Sebak menyelubungi pada petang asar yang damai ketika itu. Arwah selamat dikebumikan pada pagi esoknya. Sungguh mati itu sangat dekat dengan kita. Inilah takdir kehidupan. Yang hidup mesti teruskan perjalanan banyakkan amal. Malam sebelum arwah cikyah meninggal, aku ada bermimpi  didatangi seorang wanita yang mukanya amat bercahaya dan tenang sekali..dan wanita itu adalah cikyah. Aku datang kepadanya dan memeluk erat tubuhnya. Tidak sangka pula aku mimpi itu sebenarnya tanda bahawa dirinya akan pergi buat selama-lamanya. 

Begitu cantik aturan Allah pada hari pemergiannya.Kami semua saudara-mara berada di rumahnya seakan-akan mengetahui akan terjadi sesuatu pada hari itu.



Sebak aku untuk menyingkap kembali waktu pemergian arwah Maktam pula. Salah seorang ibu saudaraku yang amat rapat juga sebab dia tidak berkahwin maka arwah sangat rapat dengan anak-anak buahnya. Kalau waktu raya, dialah yang gembira sekali apabila anak-anak buahnya balik sekali. Persiapan mercun dan bunga apa memang wajib lah dia beli sebab dia ingin melihat anak-anak saudaranya turut sama gembira. Arwah maktam ada rumah di Selangor sebab dulunya arwah bekerja di sana. Kalau waktu cuti-cuti sekolah mulalah dia 'plan' nak berjalan-jalan di KL dan membawa kami anak saudaranya. Rumahnya di Selangor menjadi tempat penginapan. Seronok kami seronok jugalah dia. Macam-macam cerita aku kongsi bersama dengannya.

Kalau maktam ke Serembn selalu juga singgah rumah Mama aku. Ingat lagi aku ketika mana arwah membaca al-Quran selepas Maghrib waktu tu. Arwah tanya Ummi tentang Tajwid sebab Ummi aku guru Al-Quran. Bersungguh betul dia membetulkan bacaannya. Sekejap-sekejap dia tanya aku pula.. Ya! masih segar di ingatanku bicaranya ketika itu.

"kaklong, cuba dengar maktam baca ni", ujarnya sambil menunjuk pada ayat yang igin dibaca.

Sesekali aku membetulkan bacaannya sekadar yang aku tahu.. "maktam, yang ni kena baca 2 harakat dengungnya sebab ni hukum wajibul ghunnah,'' ujarku.

"Ohh..kena panjang ke..macam ni ke..", bacanya perlahan. Aku tak ingatlah pula ayat apa yang dibacanya ketika itu. 



Allah..sudah genap setahun lebih arwah Maktam pergi. Pantasnya masa berlalu. Aku rasa baru semalam sahaja arwah meninggalkan kami. 

Sebelum arwah pergi, dia sakit sangat. Aku tak mampu nak tengok dia tanggung derita penyakitnya tu. Sampaikan dia tak mampu nak berdiri dengan sendiri hatta nak bercakap pun payah dan tidak beberapa dengar akan butir bicaranya. Waktu arwah sakit, arwah duduk di rumah Makteh dan makteh la yang menjaganya. Yang lain semuanya datang ziarah dan menjaganya juga di rumah makteh. Kami bergilir-gilir jaga. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk menjaga arwah walaupun tak lama. Waktu tu aku tengah cuti Sem. Aku datang ke rumah Makteh untuk menjaga arwah maktam sebabnya makteh kerja. 
Yang ada kat rumah makteh cuma aku dan Izzah, sepupuku. Itulah kali terakhir aku jumpa arwah maktam. Arwah maktam ketika itu sakit-sakit badannya dan tidak boleh duduk dan berbaring dalam keadaan statik je. Sekejap-sekejap mesti mengiring atau sebagainya dengan beralaskan bantal di atas sofa. Aku bantu dia untuk perbetulkan duduknya kerana arwah waktu memang sangat-sangat tidak berdaya. Sesekali juga dia suruh aku urut.

"Kaklong boleh tak tolong urutkan kaki maktam ni..lenguh-lenguh la, tak rasa apa dah. Sambil-sambil tu selawat sekali ya.", lebih kurang begitu ucapannya yang aku ingat.


Aku dan sepupuku temanlah arwah di ruang tamu. Ingat lagi aku...

"Maktam nak makan tak?ada bubur makteh buat tadi..kaklong ambilkan ya?"

"takpelah maktam taknak takde selera", ujar maktam perlahan.

"Maktam makanlah sikit..sikit pun takpelah nanti perut kosong. Maktam tak makan apa-apa pun dari pagi,"

"Yelah maktam makan tapi sikit je..kaklong ambil sayur sikit ya,"..sekadar mengambil hati.

Aku terus ke dapur dengan menceduk bubur yang agak banyaklah juga nak kasi maktam makan sebab badannya kurus sangat tak banyak makan. Bila maktam kata nak makan aku gembira la ..makanya terambil banyak.

"Ya Allah banyaknya kaklong ambil. Maktam nak sikit je maktam kata tadi"


Aku tersengih je la sambil tu terus suap maktam..

"Bismillahirrahmanirrahim.."


"Dah cukup maktam taknak"..aku pun alahai baru je sesudu maktam makan. Takkanlah sudah kot huhu.

"Maktam, banyak lagi ni..habiskanlah,"

"ehhh,, taknak dah maktam..tekak pahit. Bagi maktam sayur je sikt", terus diambilnya sayur dalam pinggan yang aku pegang tu. Betul-betul sayur je yang dia amik..Bubur yang lebih tu akulah yang habiskan sape lagi.


Tak lama tu tiba2.."maktam teringin nak aiskrim..", lembut hujung bicaranya menyapa telinga.

Aku terus ambilkan. Maktam  makan tapi sesudu juga. Aku juga lah yang habiskan. Mungkin maktam ketika itu hanya sekadar mahu membasahkan tekak.

Petang tu aku dan sepupuku berdua memandikan maktam. Dengan sehabis kudrat, kami cuba mengangkat tubuhnya yang agak kurus itu.

"Kaklong ngan Ijah pegang maktam kuat-kuat ya..maktam tak kuat dah macam dulu".
Allahu kata-katanya tu waktu tu memang buat aku sebak. Dalam keadaan sakit begitu, dia masih sedaya upaya nak mandi sendiri walaupun aku tahu dirinya tak lagi mampu. Tapi aku ngan Ijah mandikan juga maktam. Aku tahu dia malu waktu tu tapi takkan aku nak biarkan maktam sendirian. Sedih aku mengenangkan diri arwah ketika itu.Usai shaja mandi, kami bawa semula dia ke ruang tamu menggunakan kerusi roda.

Hari beransur petang. Makteh dah balik dari kerja. Ummi pun ambil aku disana selepas habis waktu kerjanya. Salam dan peluk cium terakhir aku dengan Maktam pada hari itu.
"Maktam, kaklong dah habis cuti Sem..nak balik dah ni. Kaklong doakan maktam sihat semula macam dulu"

Sayu matanya memandang aku.

"Tak payah la balik. Duduk la lama lagi katsini", katanya mengharap. Tidak kusangka pula itu adalah pertemuan terakhir kami.

"Erk,..macam mana eh..hmm kena balik maktam. Esok Insha Allah kaklong ngan ummi datang lagi",

Redup sahaja matanya dan tampak sedih selepas aku cakap macam tu.



Dua hari selepas tu, pada malam hari..dapat berita yang maktam nazak dan pada malam itu juga arwah pergi buat selama-lamanya. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun..
Wajah arwah pergi dengan keadaan tersenyum seakan tidur sahaja.

Ya Allah kau tempatkanlah arwah dikalangan hambaMu yang soleh yang engkau janjikan syurgaMu ya Allah. Aminn ya rabbal alamin. Alfatihah buat arwah maktam dan juga arwah cikyah.





Wa ilaihi turja'un. Kita milik Allah dan akan kembali kepada Allah jua. Ingatlah sahabatku, pengakhiran kita adalah berjumpa Allah iaitu mati..tak perlulah kita nak sombong ats muka bumi ni.

Ada apa pada nama/pangkat?sedangkan pangkat terakhir kita adalah Allahyarham..
Ada apa pada baju yang baharu?sedangkan baju terakhir kita adalah kain kafan..
Ada apa pada tilam yang empuk?sedangkan kita akan bertilamkan liang lahad sahaja..
Ada apa pada rumah yang mewah/besar?sedangkan teratak terakhir kita adalah alam barzakh..

ALLAHU ROBBII..

Hakikatnya tiada apa yang kekal atas muka bumi ni..mengikut kajian,selepas kita mati nanti anggota badan kita hanya akan bertahan untuk beberapa ketika sahaja : 

Hati-bertahan hanya 10 min
Akal-tahan hanya 20 min
Mata-4 jam bertahan
Kulit-5 jam bertahan
Tulang belulang-bertahan selama 30 hari

tapi...Amal Soleh/kebaikan-bertahan/kekal sehingga ke Hari Kiamat..Allahu Akbar!

"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.."

Late is better than never..masih belum terlambat untuk kita nak tambah amalan. Biarpun amalan yang kita lakukan itu sikit yang penting kita amalkan dan istiqomah.
Adakah nanti kita sempat bertaubat?adakah sempat memohon maaf?adakah sempat mengucap?Allahu..

Untuk semua yang pernah aku lukakan hatinya..dengan serendah-rendahnya diri ini memohon maaf kerana ajalku tidak menunggu waktu dan ajalku itu ditangan Tuhan.

Semoga beroleh manfaat dunia akhirat..Wallahu alam.
Assalamualaikum...












Friday, 12 June 2015

Happy Sem break guyss!!

Assalamualaikum..hai everybody!! *eh, takyah nak everbody sangat la..ntah2 nobody here pun..perasan kohkoh

Alhamdulillah baru sekarang berkesempatan nk update blog sebab sebelum nisaje2 buat sibuk walaupun cuti..yeay! Happy midsem break uolls hihi..owh heavennya cuti kan but beberapa hari lagi cuti dah nak habis pun huhu..2 minggu je pun cutinya kak oii hmm pejam celik pejam celik tup tup lagi seminggu cuti iollss berbaki..tak pelik pun sebab masa memang cepat berputar eh i means dunia memang cepat berputar..and kita dah nak sampai ke penghujungnya. Dunia da semakin tua and amalan kita tak seberapa lagi. Ya Allah takutnya bila memikirkan amalan yang tak seberapa je..Allahu.


But by the way Sya nak update cerita on the way balik haritu. Hari tu balik 3hb june petang by flight..so nak ceritanya aku balik sesorang lagi buat kali keduanya. Nak buat cemana kan. Dah la dengan kelam kabutnya nak balik sebab nak kena hantar barang2 kat stor lagi..aisehmenn! Beratnya nak angkut sume barang..berketul2 muscle iolls angkat barang berat2 tahu hahaha. Btw sume tu ada hikmah okay ;) Alhamdulillah

Masa nak gi airport sultan mahmud shah kuala terengganu *eh,perlu ke sebut cettt
Alhamdulillah la ada Kak Su (akak naqibah kelab pembina) sudi hantar aku naik keretanya. Sampai airport lam kol 3.30pm camtula and flightnya kol 4.30pm tapi saje datang awal in case something berlaku kat tengah jalan, jammed or else.. so sediakan payung datangla awal kan.

So dah salam2 bertukar cerita dengan Kak su, aku masuk airport. Apa lagi cari tempat duduk kosong nak menunggu ke 4.30pm. Tetibe ternampak pula ada sorang girl ni nampak cam friendly aku gi la dok sebelah dia dengan niat nak berkawan..kot2 dapatla teman berbual kan. Tpi at the end dia yang tegur dulu haha..ape la aku ni.

"Kak, dari mana?"

*dalam hati..'ha?kak dia panggil aku?nampak tua ke aku ni ke aku yang looked matured?'

"Dari unisza..err awak?"

"Oh yeke.dah agak da sebab nampak logo kat blazer akak tu." Ouh ye waktu tu aku pakai blazer kelas. Dia sengih dan aku pun berheheheh . Katanya "Saya pun dari unisza. Akak kos apa? Eh jap jap umur akak berapa?"

I was like "Oohh yaa..hmm. Saya kos Aqsa hmm tahu kan.Eh awak kot akak sebab umur saya baru 19 belas je.hee". Haha ayat aku macam tak puas hati  je orang panggil akak but actually not okayh.

Dia pun.."La sama umur la kita hahaha. Saya budak banking."..and im just nodded my head sbb tak tahu nak respon apa haha teruknya aku ni..pastu dia sambung lagi. "Saya selalu nampak student FKI pakai blazer yang lebih kurang sama sumenya. Kenapa ek? Memang fki ada sediakan blazer eh?"

"Eh takdelah blazer tu memang tempah lain2 kebetulan je kot dah jadi macam trend budak fki pakai blazer...maybe"

Dari situ la macam2 bertukar cerita..sume cerita keluar haha. Yela bila dah dia je geng ko sorang kat airport tu memang la. Eh btw nama dia Izzati hehe. Tengok jam almost empat setengah pastu rushing masuk balai berlepas and time tu jantung rasa nak jatuh weii.  Sebab sebelum nak masuk tu . . .

Abg polis " eh dik, timbang dulu beg bagasi"

*Aku tengok ada satu penimbang tu. Entah la macam weight kat kedai ikan ayam tu je tengoknya..haiilaa, bile masa kena timbang pulak ni. Dah masuk kali keenam aku naik flight tak pernah2 pulak timbang2 bagai. Dah kenapa kali ni dia strict sangat. Debor dah ni. Buatnya tak lepas hmm. Dengan akurnya aku letak beg bagasi kat ats tu dengan muka aku yang confident and slumbernya tanpa ada rasa sikit pun nak tengok berapa kilo berat beg aku.

Abg polis.."dik, ni dah 10 kg dah ni. 7 kg ja  dibenarkan dik. Kalau tak.. kena bayar"

Ya Allah!! Aku cepat2 tengok bacaan weight tu..
Me.."Err..alamak" muka blur muka minta simpati muka minta kesian semua la time ni.*walaupun muka ditutupi secebis kain tpi harapnya dia nampak butir permata kat mata aku huhu..im about to cry.

"Ha. Apa kata adik keluarkan sikit barang dalam bagasi tu pastu letak dalam beg sandang adik." Cadang cik polis..mungkin sebab kesian tengok aku haha

"Oh ya ya". Dalam hati.'huh ! Sebaik Alhamdulillah..nice idea abg..erk abang? eii geli geliman aku. So beekurangla berat bagasi i. Alhamdulillah lepas.

Naik je flight, dapat seat C. Duduk sebelah sorang makcik tu dia nak gi umrah. Seronok dengar makcik tu bercerita berceloteh hehe..untung makcik tu dapat gi Makkah. Aku sempatlah minta dia kirim salam aku bila sampai makam nabi nanti.. Allahu :') bestnya dapat gi sendiri kan. Rezeki makcik tu..suatu hari nanti inshaAllah aku pulak and one of my hopefully dream was..nak bawak ummi baba mama papa gi tunaikan umrah or haji tak kesahla janji sampai Makkah inshaAllah. May Allah ease niat suci murni ini..




Sedih iolls sebab tak dapat duduk tepi nak tengok awan kepul-kepul. Alam ciptaan Allah kalau tengok sangat indah sangat mengagumkan Subhanallah boleh terpana tau mata yang melihat. Baru awan je belum yang lain lagi. Hmm kalau dulu time kecik beriya-iya nak naik flight nak tengok awan dari jarak dekat nak tengok betul ke awan tu macam gula2 kapas.hahaha tapi sekarang dah puas da naik flight..masuk ni dah kali keenam kot. bukan nak berlagak tau tapi nak bagi fakta.

Mula2 naik boleh la nak teruja sampai nak tengok tingkap je pastu senyum sorang2 dalam flight haha ntah pape je aku ni..tapi sekarang ni dah pening dah kepala aku naiknya. Boleh jammed kot otak den sebab pening. Eh ntahla kenapa la aku ni cepat sangat peningnya. Mama pun selalu cakap "eh kau ni selalu pening pergi buat check up la takut apa2". And aku rasa takde benda pun sebab  maybe tahap imunisasi and antibodi badan aku lemah kot..nak kata migrain tak pun.

Aku nii...haihh nak naik kereta pening, naik ktm ke lrt pening, naik bas pening, naik kereta lembu lagi pening kot hahaha! Kena hujan walaupun beberapa titik kena kat kepala pun boleh pening tau. Sampaikan ada some one tu cakap kat aku suruh naik basikal je la senang gi mana2 baru tak pening hadoihhhlaa

..and end up aku pikir naik flight maybe tak pening kot sebabnya yang aku tahu aeroplane tu just static je di awangan but im totally wrong la..nak termuntah lagi adalah aku. Tetibe teringat time nak gi midvalley naik ktm time form 5. Nak gi tu boleh la tahan mualnya tapi time nak balik Seremban balik, memang takleh tahan. Sampai je terus cari toilet..muntah la apa lagi. Segala isi perut makanan yang mahal*eceyy* yang I makan kat Midvalley sume keluar. And i was like owh membazirnya kenapa la aku muntahkannya.hahaha..hmm nampak tak dunia itu nikmatnya bersifat sementara? Yelah kau makan makanan memahal pun takde gunanya..and aku terfikir sendiri.huhu

So thats why la minyak cap angin setia menemaniku heheh.. kalo dulu kawan aku Ain time high school yang jadi pharmacist aku sebab dia selalu ada peralatan aid mcm minyak angin ke staplast ke apa ke in case kalo jadi something but tu dulu hehe tetibe ter'throwback' sobsob lindu la titeww T.T

Pasni habis cuti sem ni balik naik flight lagi..adoihlaa sebab pening tak tahan tau. Tapi takpe sebab mama dah bagi tips supaya tak pening nanti iaitu mata jangan pandang depan..just tengok kiri kanan tengok la luar tingkap ke apa but jangan sesekali pandang depan. Mama la yang kata,tak tahula berkesan ke dok tapi nant i'll apply it. 

Okay la..thats all untuk entry kali ni. Besok nak balik kampung sebab katanya nak buat lemang..wow bestnyaa. Belum raya lagi nak buat lemang mak mak ni..puasa pun tak lagi but in a few days more.hihi cant wait.tak sabar kita nak kumpul reramai da lama tak kumpul one family.

Ya Allah sampaikanlah kami kepada Ramadhan..amiinnn ya rabb.

Kbai Assalamualaikum ☺

Friday, 8 May 2015

Latihan Muhadathah

Assalamualaikum

Salam tengahari..huh panas berpeluh dok padang new zealand kat unisza ni. Haha bukan new zealand betul pun tapi sebab pokok-pokok dia kat situ macam pokok-pokok kat sana so budak-budak sini prefer nama tempat tu Newzealand. Entah la aku pun tak tahu apa kenama ntah pokok tu
haa..pokok dia camni..yang muslimat cecomel tu abaikan
hahaha

Macam-macam peel la dorang ni buat aku gelak tak henti-henti. Actually kitorang ada lakonan muhadathah beberapa hari je lagi. Kos aku iaitu Aqsa akan bertanding dengan syukbah(kos) fki lain kat sini. Kiranya ni kira markah bersama la. Dengan itu kami berganding bahu la*ceh ayat tak boleh bla* bekerjasama biar lakonan kitorang lagi mantopppp gituh. 

Pastu berhenti makan jap. Adha(kawan) beli nasi lomak RM2 ya jahhh kat mana tah dia beli. *wlaupun dia dah bagitahu selok belok jalan mana dia beli tadi. Ingat den paham?hee memang tak ler aku kalau bab jalan ni..sorry Adhauu.      


Woi banyak kot dia beli nasi lemak siap ada ikan tenggiri sambal ngan telur*ttbe teringat Telemong,,Ustaz Balaghah la ni...haha abaikan =='  . 

Exco kita kata 'Aku sebagai exco Kebajikan kena jaga makan minum korang'..k Thanks..credit to Adha ;) Then...Makan la kitorang reramai di bawah teduhan pokok 'New Zealand' *lah sangat . Lepas makan, memasing senyap jap akibat kekenyangan. Sebaik tak tidur kalo tidak macam ular sawa lepas makan tidur..ehh, bukan macam ular tapi macam perangai SYait0nirrajimm Laknatulallah..hoho

Pastu berlatih berlatih n so on. Bila penat berhenti pastu yang tak tahan pergi bukak lagu Hindustan dorang ni *siap pakej joget bagai ==' Haishhh boleh pula...malu and nak gelakk satu hal! rupanya penuh laptop kawan aku ngan lagu2 Hindustan *taknak mention la sape..haha. Pergh! kemain dia nampak je gituhh hoho. Sweet momment we had go through together with my kesayangan ni. Tak dapat bayangkan bila berpisah nanti :'(


But its normal la kan. Setiap pertemuan mestila ada perpisahan. Dimana ada bermula adalah juga pengakhirannya kan. Tak perlu risau sebab Allah dah aturkan semuanya kalau bertemu kerana Allah, Insha Allah satu hari nanti mesti jumpa balik. Kalau tak jumpa kat dunia, kat Akhirat nanti jumpa la :)
Bertemu Berpisah kerana Allah~Allahu Akbar Allah maha besar Lailaha illallah *eh ternyanyi pulak...ngeeee


*props rumah tak kukuh lagi, tapi kereta cun..haha nasibla rumah dan kereta colour feminin giteww. Kalau dah perempuan selamanya ungu dan pink.haha

Eh barang props tak cukup la pulak. Hmm pergi pulak kedai RM2.06 *psstt gst=='* nak beli tali rapia nak buat pompom(alaaah, yang pasukan cheers guna tu la). Singgah pula farmasi nak beli handyplast sebab kaki kesayangan kita injured. Ternampak pulak akuarium ada ikan kecik2 sheshomel je dia and cantik pulak tu sebab badan ikan tu ada shiny macam berlampu. Subhanallah!

*selamber je aku captured walaupun akak farmasi tu pandang-pandang..peduli hape :P

 Then datangg balik ke New Zealand...sambung buat kerja propss. Buat pompom. 

Sambil-sambil tu yang lain tengah berlatih

Kelakor nengok gelagat-gelagat kesayangan aku ni berlakon. Hanan paling bersemangat sampai ke tengahari! Harap petang ni dia ada semangat lagi hahaha. Kami berlatih muslimat je pagi ni.Dari pagi jam 8.30am smpailah la ni pukul 12.45pm baru berhenti. Pasni pukul 2.30pm habis Solat Jumaat sambung balik berlatih berlakon dengan satu geng Aqsa yang lain..maksudnya campur ngan Banin ler.haihhh, malas pula nak datang petang ni. Sebabnya bukannya aku berlakon pun sebenarnya.haha aku just bahagian props je. Ngehngeh..

Eh, kena datang gak. Tak boleh malas2. Sian dorang yang berlakon yang kena main dengan emosi.haha nasiblah korang... QOWIY!

Duhai iman , semoga kau terus kuat . Bukan untuk hari ini . Tetapi untuk setiap hari amiinn. :)

Celik hati buka minda

Assalamualaikum :)

Hello peeps !  Sobahul kheir..Selamat pagi kerajaan bumi Allah.. Alhamdulillah today i woke up and stay healthy. Thanks Allah..


Nice shoot of mine in early morning from site view of my block..really amaze n speechless in few seconds. SUBHANALLAH ! Allahu Akbar...

Aku terpana lagi
Buat sekian kalinya
Mata tetap tidak jemu memandang
Melihat, meneliti, menghayati
Panaroma alam yang sungguh indah permainya
Lagian di waktu fajar itu
Tatkala ramai insan masih diulit mimpi.

Tatkala kepala didongak
Memandang langit nan indah
Hati selalu berbisik dan tertanya
'Ya Allah, Engkau sedang memandang aku dengan kasih sayang bukan?'
'Benar, rahmat Allah sedang memayungimu'
Hati segera menjawab persoalan minda.

Akan tetapi diri ini jahil
Kerana buta dalam menilai cinta tuhan selama ini..
Kau mengejar bahagia 
Tetapi kau lupa 
Bahagia itu datang dari hati
Yang mengenal Tuhannya ALLAH..

Fatamorgana maya yang seindah sentuhan alam
Indahnya itu tidak mampu diucap dengan kata
Menyentuh sanubari kalbuku
Terkadang aku dibuai dengan panahan alam
Yang bagiku sungguh menakjubkan

Namun..semua yang indah itu
Sebentar cuma
Seindah cuma
Walau cantiknya ia, tetapi tidak kekal
Yang kekal jua adalah di sana
Ya, alam sana yang bakal kita huni
Itu yang abadi
Selamanya...

NUKILAN; Nurul Syakirin Ahmad


Eh! Terbuat puisi pula.hehe..takpelah jiwang sikit dengan Allah pagi-pagi kan. 
Puisi tu hanya mengungkap segala rasa di hati aku je. Hakikatnya keindahan alam maya tak mampu nak diungkap mahupun digambar melalui kata-kata. Begitu hebat ciptaan Allah. Patutla langit tu bersih dan cantik je sebab langit sentiasa memuji berzikir kepada Allah sepanjang waktu non-stop tau. Sedangkan kita? Allahu rabbi, sepatutnya kita la kena lagi banyak memuji Allah tau daripada zikir sang langit. Sebab apa? Ya, sebagai tanda syukurnya kita kepada-Nya kerana kita adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah daripada makhluk-makhluk lain yang Allah jadikan. 

Kalau kita fikir balik kan, kita ni makhluk yang dijadikan daripada tanah je nak dibandingkan dengan jin dan malaikat yang dicipta daripada api dan cahaya yang mana jauh dari akal fikiran kita mereka lagi hebat, kan? Sampai Iblis tak puas hati bila Allah suruh dia tunduk kepada Adam sebab dia rasa dialah makhluk paling hebat sebab dijadikan daripada api sedangkan Adam dicipta dari tanah je...

Tapi kan, dalam banyak2 makhluk..Allah memilih kita menjadi khalifah di atas muka bumi dan Allah da sebut dalam Al--quran yang kita ni manusia adalah sebaik-baik ciptaan tau. Allahu, besarnya rahmat Allah kepada kita tapi kita masih tak nampak kan. Dalam al-Quran ada sebut pasal ketidakpuasan Iblis bila manusia dijadikan khalifah dan makhluk Allah yang terpilih sedangkan dia dijadikan dari ciptaan yang hebat..Allah jawab apa? Haa aku pernah terbaca terjemahan Al-quran tapi tak ingat pula surah apa..heheh.  Allah kata bahawa sesungguhnya Aku mengetahui sedangkan engkau tidak mengetahui. Nampak tak ayat tu seolah-olah Allah back up kita kan?Allahu :')

Maka, marilah kita jadi makhluk yang lagi banyak bersyukur dari makhluk yang lain. ALHAMDULILLAH..Allahumma Solli Ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa barik wasallim. Thats all and lets Dhuha! ;)