Sunday, 21 May 2017

Sedikit sharing..

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum wbt :)
Baiklah hari ni, aku cuma nak coretkan sedikit petikan ceramah dari taman-taman ilmu yang aku dengar di surau taman aku weekend last week. Aku takut lupa apa yang aku dengar maka jadi sia-sia lah aku datang tempoh hari. So aku abadikan apa yang aku dengar kat blog ni. Setidak-tidaknya, aku dapat baca semula apa yang aku taip ni nanti-nanti. Aku dapat manfaat semula dan orang yang membaca pun dapat manfaatnya insha Allah!

Haritu kat surau taman aku ada buat solat Tasbih. Kami buat 4 raka'at 2 salam. Alhamdulillah dapat juga habiskan 30 minit buat solat tasbih. Rasanya ni kali ketiga ke keempat tah aku buat solat sunat tasbih sepanjang hidup aku 20 tahun ni (not officially 21 kayh). Hurm aku jujur kayh huhu teruknya. Padahal, punyalah sebesar-besar fadhilat dirikan solat sunat ni tau. So, bila kat surau adakan solat ni & ceramah among muslimat je then aku pun grab lah peluang ni (itupun ummi ajak haha kalau tak, aku tak tahu pun ayyo nama je surau depan rumah teruk aih syakirin ni kann). Lepas setengah jam lebih habis solat sunat tasbih berjemaah, ada sedikit tazkirah oleh seorang ustazah jemputan. Lupa nama beliau. Allahh huhu. Moga Allah merahmati beliau atau ilmu yang beliau kongsikan ni amiinn.

Meh kita nak share sikit apa yang kita dapat ;) Kita point-point kan je lah ya

๐Ÿ’• Tingkatan zikir paling besar adalah hati. Dan sebesar-besar zikir, sebesar-besar pujian adalah solat yakni zikir biljawarih. Sebab itu nabi sebut dalam sebuah hadis, "solat itu tiang agama (tiang khidupan). Barang siapa yang mendirikan solat, dia ibarat mendirikan hidup dia dan barangsiapa yang meninggalkan solat/mengabaikan solat/tidak solat dengan sempurna maka dia telah meruntuhkan agama dan kehidupan dia". 


๐Ÿ’• Mahalnya erti sebuah kemaafan. Perasan tak kita? Kalau dengan kawan-kawan mudah sahaja kita memaafkan...
"Takpelah saya dah maafkan lama dah kesalahan awak dekat saya"
Amboiihh kemain lagi dengan orang lain kan?

Tapi bila dengan keluarga terdekat/suami sendiri 'contohnya'...
"Bang ingat tak 3 tahun lepas? Perkara yang lama..berdarah balik hati saya. Kalau saya ingatlah apa yang abang buat dulu-dulu...hmm hmm"
ALLAH,,kita susah nak memaafkan orang yang terdekat dengan kita. Kenapa?

Ramai juga kita jumpa ibu-ibu yang berusia kan..
"Ustazah, saya tak boleh lupa la apa yang anak-anak saya dah buat. Saya tak tahu bila lah dia nak berubah. Bila lagi dia nak berubah"
ALLAH,, Makcikkk, selagi makcik tak maafkan anak makcik, selagi itu anak makcik takkan berubah. Kalau nak dia berubah, maafkan dia sepenuh hati.

Mahalnya kan erti sebuah kemaafan? Okay ada satu cerita ni..

Seorang banduan ni dia 17 tahun di penjara. Kisah benar ya. Macam-macam kesalahan dia dah buat. Dia pernah merompak, mencuri. 17 tahun di penjara, maka dia dibebaskan. Dia cari kerja tapi orang tak bagi di kerja. Tempat tinggal pun merata. Suatu hari, adalah seorang perempuan tua ni bagi dia tempat berteduh, bagi dia menumpang di rumahnya. Tak lama lepas tu, pemuda tu hilang dengan barang perak kat rumah makcik ni. Dia mencuri lagi! Dahlah makcik ni bagi penumpang. 

Tak lama kemudian, datanglah polis bawa pemuda ni ke rumah makcik ni tadi. Sebab orang yang baru keluar penjara ni masih diawasi polis lagi. Pegawai polis ni kata, "Wahai orang tua, pemuda ini telah mencuri barang-barang dirumahmu dan menjualnya." Maka makcik ni tiba-tiba berkata sebegini, "Wahai anak muda, kamu tertinggal barang. Bukan barang tu je yang makcik bagi untuk kamu jual. Ada lagi barang lain ni."  Perasan tak Makcik ni 'cover' pemuda tu?

Lepastu makcik ni yakinkan pegawai polis tadi bahawa pemuda ni bukan mencuri tapi dia memang bagi. Pemuda ni pelik then dia tanya, "Wahai makcik, kenapa engkau melakukan hal yang demikian? Kenapa buat macam tu?". Lalu makcik ni pun jawab, "Wahai anak muda, aku memaafkan kesilapan kamu setelah aku memberikan kamu tempat tinggal, makan minum dan engkau mencuri. Aku maafkan kesalahan kamu. Tapi dengan syarat, kamu perlu berubah. Tinggalkan segala perbuatan jahat kamu. 

Lalu pemuda ini ditakdirkan Allah berubah menangis-nangis minta maaf pada makcik tu dan dia berubah menjadi seorang pemuda yang baik. Kesimpulan cerita ni adalah... 17 tahun di penjara tidak mampu mengubah sikap seseorang akan tetapi kemaafan yang tulus dari seorang perempuan tua mampu mengubah kehidupan dia sedikit demi sedikit.

Sebab itu, memberi maaf dan meminta maaf adalah satu bentuk kemuliaan dalam Islam.  Ingat, iman ini dia ada 3 tingkatan. Yang pertama, ikrar bil lisan (kita sebut dengan lidah). Kita beriman/percaya dengan Allah. Iman yang kedua, ikrar bil lisan wa tasdiki bi qalbi (membenarkan/percaya dengan hati). Kemudian kita naik kepada tingakatan yang lebih tinggi iaitu wal amalu bil jawarih (beramal dengan tubuh badan). Boleh tak kita praktis/tekadkan dalam diri, kita maniskan muka dan sabar dengan orang-orang terdekat pada kita. Maniskan muka pada keluarga, adik, kakak, suami, anak, abang dan selainnya. Bersabar dengan apa jua bentuk dugaan yang bakal menimpa.

okay point lain pula...

๐Ÿ’• Kalau ada suami atau anak atau sesiapa pun lah kan yang menduga iman kita/buat perangai, pilihlah untuk berSABAR. Jadilah orang yang sabar. Firman Allah swt, "mereka yang apa apabila ditimpa ujian/musibah, mereka berkata inna lillah wa inna ilaihi roji'un". 
Jadi tips yang seterusnya..untuk jadi wanita yang terindah, apa pun ujian yang datang..anak tiba-tiba buat perangai ke, kita sebutlah 'inna lillah wa inna ilaihi roji'un'. Ini datang daripada Allah dan kita semua akan kembali pada Allah. Anak itu hanya perantaraan je tapi sekiranya kita tengok anak itulah yang menguji kita..itu yang kita marah benar kat anak. Kalau kita tengok suami itulah yang menguji kita..itu yang kita nak marah sangat. Tapi jika sekiranya kita faham bahawasanya ujian ini datang daripada Allah tapi perantaraannya suami/anak/jiran/kawan2/bos..barulah ketika itu hati kita redho, hati kita tenang. Allah dah sebut kan, hidup dan mati kita ini memang untuk diuji. Tapi Allah bukan bagi ujian macam tu je malah Allah bagi kita tips cara nak handle ujian Allah. :)

๐Ÿ’• Allah bagi kita ni kekuatan sabar. Mana kuat sabar? kita ke orang lelaki? hehe. Apa tanda orang perempuan ni lebih kuat sabar? Antara buktinya adalah orang perempuan ni sabar menerima ujian sakit yang Allah bagi. Ya, sakit mengandung, melahirkan dan menyusu anak. Orang lelaki takkan mampu mengahadapi kesakitan yang sama seperti ini. Itu hakikatnya. Orang laki demam je pun dah macam beranak haha (ustazah tu kata ea). Demam je dah tak buat apa-apa dah. Betul ke tidak? Orang perempuan kalau demam tu masih boleh buat macam-macam kerja lagi. Contoh terdekat mak kita sendirilah. Dia masih boleh memasak, mengemas dsb. Itu perbezaan yang besar Allah bagi kita sabar. Wanita ni ada rahim untuk mengandungkan, melahirkan. Itulah bukti kekuatan yang ada. Bayangkan, orang perempuan lepas dah melahirkan anak tetap mahu anak lagi padahal dia tahu tu sakit nak melahirkan. Seolah-olah dia dah lupa kesakitan tu. Tapi Allah tak pernah lupa. Allah catat kesabaran, kesakitan, keredhaan orang perempuan. Allah Allah :')

Berat perut orang mengandung ni dalam 10-12 kg haa tau tak? Even bila dah lahir tu baby 2/3 kg tapi yang berat tu sebenarnya air, uri, ketuban, darah..itu berat. Kalaulah buat kat orang lelaki, ikat 10 kg gula kat perutnya tu, agak-agak berapa lama dia boleh tahan? Sehari belum tentu. Nak pergi tandas kena bawa, nak pergi makan ke tido pun macamtulah dengan sakitnya lagi dia takkan sanggup. Tapi bayangkan ibu-ibu kita mengandungkan kita bawa kita 9 bulan beratnya. Tapi kenapa perempuan ini tak rasa? sebab Allah bagi kekutaan ini kepada kaum wanita. Dia boleh bawa dengan kasih sayang :') Ar-Rahim adalah tempat jatuhnya kasih sayang. Kekuatan kasih sayang itulah yang Allah bagi kelebihan kepada kita kaum wanita.

Kita sakit dan peliknya kita nak sakit itu berulang kali. Allahu..besarnya kasih sayang Allah yang diberi kepada kaum wanita kan? Merujuk pada satu hadis nabi saw.
Nabi saw ada menyebut dalam satu hadis yang terdapat dalam kitab 40 wasiat Rasulullah, hadis pertama dalam kitab hadis yang sahih. Sabdanya, "Wanita itu ada dua kekurangan berbanding lelaki. Fi AQLIHI wa fi DINIHI (pada akalnya dan juga pada agamanya)."

Tapi para ulama' menjelaskan maksudnya, kurang pada akalnya disini adalah bermaksud dia lebih kepada emosi. Kalau dari segi akalnya, cukuplah perempuan tu rasa sakit beranak tu sekali. Tapi disebabkan dari segi emosi perempuan itu yang begitu kuat, maka dia tak kisah untuk sakit berulang kali. Subhanallah..

Kalau pada lelaki pula, kalau dia sakit..dari segi akalnya dia tido ajelah kan. Tapi perempuan tidak boleh dek kerana kekuatan emosi tak boleh tengok bersepah..so dia bangun kemas. Rasa anak-anak nak makan, dia bangun masak even sakit. Logik akalnya kalau dah sakit, rehat je lah macam orang lelaki tu kan tapi kekuatan emosi menguasai segala. Hurm mungkin ada juga lelaki yang kuat emosi kan?hehe. Nampak tak kat sini, yang banyak buat kita sabar juga adalah kerana dek kekuatan emosi. Emosi kelembutan jiwa. Haa emosi pun penting tapi pandailah kawal dengan iman dan taqwa. 

Wa fi DINIHI. Dan nabi kata wanita ni kurang juga dari segi agamanya disebabkan ada keuzuran. Perempuan ni kurang sikit dari segi solatnya,puasanya dll sebab kita ada waktu-waktu yang tak dibenarkan. Jadi, macam mana kita nak sabar ni? Antaranya Rasulullah saw sebut, orang yang paling bijak dikalangan kamu adalah orang yang paling banyak mengingati mati.

haaa nanti saya sambung lah. Mata sudah ngantukss. 

Setakat ni jelas kan saya terang. Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak, jemput beri komentar kalian di ruangan komen atau 'say at me'. Okay? :)

Thanks for reading this entry!

Toodles..









Saturday, 4 March 2017

Aku reject, kejamkah?

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirahmanirrahim..Alhamdulillah.
Sya dah dpt jawapan drpd istikharah sya. Ini bukanlah pilihan sya malahan pilihan Allah. Dia Maha tahu apa yg terbaik bagi seseorang hambaNya kan. Sya mohon maaf, asif jiddan..saya dah cuba. Pahit utk dibicarakan. Saya yakin, ___ xkan kecewa sbb ___ sudah bergantung sepenuhnya pd Allah. 'Overself confidence' tu yg salah. Selama-lamanya tidak akan pernah kecewa pd orang yang hatinya memberi sandaran penuh pd Ilahi. Saya bukan menolak tanpa alasan. Lebih-lebih lagi menolak dri lelaki yg soleh. Nak taknak sya mesti buat pilihan. Dan inilah pilihan yang Allah tentukan.
Sekurang-kurangnya, sya tidaklah menolak mentah-mentah/terus tolak. Sya cuba minta jawapan dari Allah dahulu. Tapi apakan daya, saya hanya mampu doa dan minta petunjuk dri Dia. Selebihnya saya berserah padaNya.

Bukanlah bermaksud ada org lain yang lebih terbaik/bagus daripada ___. Tapi mungkin itulah, yang terbaik dari kaca mata Allah untuk sya. Jangan pula rasa marah dan terhina. Saya sekali-kali tidak bermaksudkannya. Mungkin, ___ lebih jauh lebih baik utk seseorang yang lain yang Allah ciptakan untuk ___. Dan sya bukanlah yang terbaik itu. Saya doakan ____ dapat seorang muslimah solehah yang hebat lagi dri saya, byk khilaf dan cela ni.  Insha Allah, sang soleh hanya tercipta utk sang solehah. Disini bukanlah bahagian yang dicari, malah ditempat lain dan org lain yg telah ditentukanNya untukmu.

Sekali lagi, sya mohon beribu ampun dan maaf kerana buat tertunggu-tunggu dan tidak berterus terang. Sebb sya perlukan waktu. Hati itu Allah yg pegang. Bukanlah 'on the spot' untuk Allah bagi jawapan. Kita hanya boleh tunggu dan sabar. Maaf ya, saya hamba lemah dan tak lari dari kesilapan. Realistiknya, setiap insan punya kelemahan selain kelebihan.

Terima kasih byk2 sbb menunggu, tidak bersungut. Saya ulang sekali lgi, bukanlah yang tidak sudi itu membenci dan bukanlah jua yang menolak itu bongkak. Kita hanya menduga dan berikhtiar, tapi penghujungnya Allah menentukan. Ukuran Allah itu berbeza dengan ukuran-ukuran manusia. Baik pd pndangan kita tidak semstinya baik pd pndangan Allah, dan tidak baik pd pndangan kita tdak semestinya tdak baik pd pndangan Allah. Kan ada dlm quran rujuklah surah apa tak igt "But perhaps you hate a thing and it's good for you, n perhaps you love a thing and it's bad for you.". Kita tidak tahu apa-apa melainkan Allah lah yang lebih mengetahui semuaNya. Apa2 brgantunglah pd Dia. ☺

Allah juga sebut dlm suruh yusuf kan, tak igt ayat berapa. 'La tai'asu'. Jangan lah pula berputus asa dgn rahmat Allah. Dunia Allah itu luas. Teruskanlah mencari yg terbaik asalkan kita tidak lalai pd Allah dan prkara2 yg aula' untuk kita.

๐ŸŒธ

......................................................................................

Hey Assalamualaikum. Terima kasih la sudi baca pepanjang atas tu. Bukan ditujukan untuk sesiapa disini. Itu ayat reject aku dulu huhu terjumpa lak kat memo so aku copy paste ja sini, dapat juga update blog terbengkalai ni ๐Ÿ˜…. Yang hadir memberi harapan, maaflah ya bukan tak sudi. Dah hati tak kenan nak wat camne tak boleh juga nak paksa kan huhu. Siapa? Err adalah.. kalau lah kau tahu aku ni banyak cela hm. Maaf na. Orang yang tahu tu senyap dah la. Nak cakap kat sini, apa2 pun selagi mana kau bergantung harap pada Allah selalu, selama-lamanya kau takkan pernah rasa kecewa. Nak nak apabila kena reject oleh si gadis sombong kasar cam aku kah. Sudah suratan takdir, terima ja lah. Tolak sebab apa? Hmm mungkin sebab hati aku tawar hebey ja waktu tu ๐Ÿ˜‚. Aik, sekarang manis ka? Ceyt. Aishh, angin sepoi2 bahasa bertiup pula tengah aku menaip ni. Bagi feeling lelebih pula angin ni. Oh bayu, sampaikanlah rinduku padanya eceh! 

Keluarkanlah rasa berharap pada makhluk dari hati kita, maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada al-Kholiq iaitu Allah SWT.

๐ŸŒน'Ya Allah kau jagalah hatiku untuknya, jagalah jua hatinya untukku'๐ŸŒน Jaga hati kecil kami ini Ya Rabb.
 I had choices but i chose you. May Allah ease everything. Lillahi, ana musytaqun ilaik. Al-Fatihah dalam hati ja. Tak mampu nak ucap.



Oh ya, pasal trip to Medan part 2 nanti-nantilah aku sambung. Malas laa nk kena cari gambar bagai. Wait nah. Sesape tak baca lagi Trip Medan Part 1, jemput-jemputlah baca aku membebel panjang tu sambil mengopi ke apa ๐Ÿ˜†

Thank you for reading this entry! ๐Ÿ˜‰








Thursday, 22 December 2016

Trip to Medan - Part 1

Assalamualaikum and hi. Seperti yang telah aku janjikan sebelum ni yang aku akan share lawatan aku ke medan haritu. Baru teringat dah janji dengan diri sendiri nak update pasal Medan. Biasalah busy walaupun kehidupan aku hambar je. *amaran keras : intro panjang dan entry ni pun panjang berjela dengan gambar-gambar malah mungkin akan beribu-ribu patah perkataan ada. Baca habis. Mood aku not totally rajin ni tapi hati meronta nak update juga tak kira hewhew. Pastikan kuota internet korang laju untuk jamu mata-mata korang dengan berbakul-bakul gambar yang akan aku sajikan. Harap tak menyampah kalau bahasa aku ter'rojak'.


Sebelum tu, to be clear aku ke sana dengan 16 kawan-kawan yang lain waktu diploma dulu which is lawatan ilmiah bawah persatuan mahasiswa kos aku sendiri (quran sunnah unisza). Takdelah 'dulu' sangat pun. Baru terjadi tahun ni dalam Mac 2016 lepas *last sem tapi rasa lama sangat dah berlalu. Aku teringin nak rakamkan mana-mana pengalaman yang masih aku ingat sikit-sikit ni yelah dah berbulan-bulan berlalu so tak semua boleh ingat. Bukan robot wey ingat semua. Kot-kot lah nanti ada anak cucu aku boleh baca pengalaman nek dia ni. Ada juga harta peninggalan aku berbentuk tulisan..kot lah sempat jadi nenek HAHA.



Last meeting before going to Medan. 




Pejuang-pejuang mencari dana. Peserta tak cukup korum ni. Bersama 2 pengiring, ustaz ustazah Dr. Hafizi & Dr. Normadiah. Gambar diambil di lobby library unisza selepas selesai meeting.




Actually kitorang (aku dan kawan-kawan) ditugaskan menulis travelog Medan selepas balik dari Medan untuk dirakamkan semuanya dalam satu buku. Tugas-tugas dah dibahagikan kan pun which is part mana yang masing-masing kena tulis tapi lama-lama tu diorang semua macam menyepi je macam angin sepoi-sepoi bahasa. Dah lupa la tu kena tulis travelog ke buat-buat lupa korang? aku pun senyap lah taknak bising. Yelah penulisan aku pun so-so je kan. Tapi jangan tetibe pula karang ada orang mention pasal travelog ni dalam group ws medan. Haa kau anggap je la aku ni dah mati time tu, memang aku takkan muncul dah. *senyum sinis haha jahat. Kiranya plan haritu nak publish sebuah buku travelog. Dapat pulangan income yang banyak and boleh refund balik duit-duit yang dah diguna untuk ke Medan. Tapi kita hanya merancang, Allah was a good planner.

Sentuh bab duit ni memang panjang lah cerita dia. Macam mana kitorang kumpul dana semua untuk tempah travel agency, tiket fly etc untuk ke sana. Bukan kerja senang tau. Even bawah persatuan, this program kitorang handle sendiri. Yes exactly! kami peserta dan kami juga exco program. Aku bukan orang kuat handle program. Kawan-kawan lagi banyak kerah tenaga *lihat gambar mereka, terpancar kepenatan untuk mengutip dana ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang kan?eh over hahaha. Alhamdulillah, around berpuluh ribu (entah aku tak ingat) yang berjaya terkumpul berkat hasil usaha bersama. Kalau rajin aku update about how the fund collected everything *tak janji. Liku-liku perjalanan semua. Panjang cerita dia wey dengan fikrah-fikrah memasingnya bercampur baur lagi macam nak gaduh hoih tak susah cari duit rupanya. Dah la last sem nak kena submit assignment, tesis, presentation lagi ya Allah. Eh yang penting dapat pergi Medan kan. hip hip hurrey ! ehek. Syukur Allah permudahkan segalanya walaupun berliku.

Mungkin pengalaman orang lain lebih banyak dan lebih menarik. Tapi lain orang, lain dia dapat kan. Everyone ada sudut dan sisi pandangan yang mungkin berbeza. Jom kita berjalan, melihat, meneliti dan mentafsir bumi Medan. Aku kesana bukan untuk suka-suka je sebab ni lawatan bawah persatuan. Of course berakademik. Berilmiah juga. Huh! panjang intro aku. Kini kami menikmati nikmatnya setelah berpenat lelah semua.

.

.

.

.

.

Here we go ! Bismillahirahmanirahim...

Our flight to Medan is going on Sunday morning, 13 Mac. Tapi kitorang bertolak awal pada 12 Mac petang sebab jauh dari unisza kat Terengganu nak ke KLIA. Asalnya nak bertolak malam je tapi diorang decide last minute nak bertolak awal. In case something happen maybe.


12 Mac, petang beransur senja kitorang bertolak. Around 6 - 6.30 pm. 


3 orang housemate rumah sewa aku yang pergi Medan termasuk aku, Adha and Ifah sekali so tinggal lah lagi 3 orang housemate Along, Piqah and toing*Ain kat rumah sobsobs bai korang bai unisza. Kitorang cuti kuliah seminggu weeee. And then kitorang terus sambung cuti midsem about 2 weeks. Seronok bukan kepalang! Tapi seedih wey tinggalkan dorang yelah kita seronok-seronok cuti dan diorang berjuang menuntut ilmu selamaaa alaa seminggu je kan.

Senja tu perut aku dah menari-nari dah ni. Berkeroncong. Last makan tengah hari tadi itu pun makan tak kenyang sebab hati tak tenang beb fikirkan anak-anak* 3 org housemate yang nak ditinggalkan haha. Sedih dalam masa yang sama over excited. Tapi Alhamdulillah rezeki tak disangka-sangka datang. Orang mengantuk disorongkan bantal. We got this!! So heavennnn.



Lazat sungguh. Terima kasih makcik aka jiran tetangga di rumah sewa :') . Tahu-tahu je saya memang lapar. Makcik dengar perut saya berkeroncong ye?ihiks. Nak dijadikan cerita..sementara aku and yang lain tunggu semua sampai kat tempat bas, toing datang ngan piqah naik motor semata-mata nak hantar bekalan ni kat kami. Sweet kan diorang. Jiran kitorang bagi ni sebab kitorang jaga kucing dia selama kucingnya merajuk tak mau balik rumah jiran aku. Mungkin kucing dia merajuk sebab tuannya ada kucing baru hehe. Maka jiran kitorang pun menge'pau' nasi impit+rendang kerang serta kuah lontong sebenarnya tapi kuah lontong tu kawan aku tak bagi sebab susah nak makan berkuah dalam bas. Awhh too caring u guys <3 Jadi mereka amiklah separuh nasi impit dan lontongnya.
*Aduhh cerita bab ni pun dah panjang..belum sampai Medan lagi.*

Btw aku dah call pun keluarga aku nak gerak ke KLIA. Family is number one tak boleh lupa tau.




Beg dah siap-siap masuk bas


Bas pun bertolak bila semua dah sampai. Dah nak maghrib, bas berhenti sini untuk kami menunaikan kewajipan. Kitorang siap-siap buat solat jamak dah.



So seram guni putih belakang tu hoho



Perjalanan diteruskan menuju KLIA. Kitorang 8 orang perempuan duduk area belakang. Bismikallahumma ahya wa amuts. Okay tidur dengan lenanya sementara nak sampai.


Alhamdulillah sampai airport setelah 8 jam terketar-ketar menahan sejuk dalam bas. Waktu ni lagi beberapa jam nak masuk subuh. Airport lengang je takde orang sangat. Sangat tenang dengan suasana heningnya. Kitorang siap-siap bersihkan diri, solat dan makan semua. 



We are ready to fly! Excited sampai lupa penat lelah mencari sebutir dana tsk tsk.




Check in, timbang bag. Beg aku paling kecik tu tapi paling berat, 9 kg hoih =='. Almost 10 kg emm kalau tidak, tak lepas beg aku otherwise aku bayar. Setiap sorang diperuntukkan 10 kg je. Emy tak pasal-pasal perli, "eh Syakirin beg paling kecik pun paling berat ni".





Setel urusan kaunter then bergambar jap sebelum masuk balai kastam imigresen. Sorry gambar korang aku dedikasikan disini ya. Oh btw, keluarga ustazah Dr. Normadiah pun ikut serta sekali..suami dan 3 orang anaknya. 



Passport yang dibuat seminggu sebelum ke Medan. Pergi money changer pun seminggu sebelum sebab agak kelam kabut ye tuan puan sekalian. Dah la 1st time pergi luar negara, pastu buat sendiri semua pula. Berdikari lah katakan. Nasib baik tiket flight tempah awal *lah juga. Harga tiket around tiga ratus lebih pergi balik. Tapi tiket flight lain-lain. 



Flight kitorang 9.30 pagi seingat aku lah. Berkurun lamanya menunggu. Actually taklah lama sangat tapi sebab tak sabar. Fasobrun jamil (sabar tu kan indah) Syakirin...ish3 



Yeay flight sudah tiba setelah berabad penantian k over. 



Naik firefly sebab tiket firefly yang paling murah waktu kawan-kawan aku nak tempah haritu. 






Subhanallah..Ma ajmala (cantiknya)! 




Firefly bagi makanan free even tiket tambang murah je. Kalau air asia kena beli sendiri no free. No money no talk. Tapi kalau nak ikutkan keselesaan bagi aku air asia okay lagi. More comfortable sebab dapat ruang udara yang cukup even ruang saiz yang sama. Tapi firefly ni huh semput beb. Aircond dia macam nak taknak je kasi penumpang haha. Padat aku rasa pernafasan aku. Basically okay juga lah sebab dia pujuk aku dengan makanan.





Sejuk sikit hati aku dapat makanan free even semput tercungap-cungap lol.



Alhamdulillah savely landed in Kuala Namu Airport around 11.30am waktu Indonesia. 

Nak lepas imigresen Indonesia, aku terpaksa buka purdah aku T_T untuk dia cam betul tak aku ni orang yang sama dalam kad k/p. Nak tak nak aku buka juga lah depan orang ramai-ramai beratur tunggu giliran lepas kastam tu. Harap takde siapa perasan waktu off purdah kejap. Ayoyo aku tak pernah pula terfikir pasal benda ni bila nak keluar dari Malaysia. Before this, tak pernah disuruh buka time aku naik flight ulang alik KLIA2-Terengganu Airport. Yelah masuk negara orang kan mesti lah diorang strict. Okay then menyerah.



Ambil luggage. Happy muka memasing. 

Kami disambut mesra oleh Pak Harun sekeluarga (Sani Nisa Travel & Tour agency) *go try check their egency, recommended..memang terbaik.





Sempat singgah masuk jap surau kat airport Kuala Namu. Very open suraunya ya sebab takde pintu ayoyo. Hanya dibatasi dengan dinding-dinding. Tapi bersih tau :) .
Tandasnya pun bersih sangat. Bayangkanlah cleaner tu akan bersihkan tandas tu for each person yang gunakan toilet tu. Korang tahu, cleaner tu tunggu aku depan toilet. Lepas aku keluar dia masuk bersihkan dan begitulah seterusnya bila ada sorang aunty tu masuk. Peh tinggi betul tahap kebersihan kau kak siap tunggu orang depan toilet tak menahan. Tapi aku tak tahulah either skop kerja dia memang macam tu or dia memang terlebih pembersih ada mysophobia ke apa . Sampai bila-bila pun kau tak dapat nak duduk rehat macam tu kak. Aku pula rasa penat tengok dia kerja tak berhenti huh!

Lepastu kitorang semua tunggu bas kat luar. Sementara menunggu tu, diorang yang banyak duit tu singgah one of branch shop kat area luar airport pi beli simkad indonesia so boleh call langgan internet bagai. Oh ya kat sana, orang-orang Indon paggil simkard sebagai 'kartu'. Aku tak ingat pula kartu dorang beli ni brand and jenis apa. Aku tak ambil port sangat sebab tak beli pun. Walaupun agak murah tapi aku malas nak beli. Nak jimat je lagipun nanti mesti ada wifi percuma di mana-mana aja heee *last-last banyak guna fon orang nak ws ummi sobsob. Ada someone nak bagi aku free simcard but sorry ya aku tak boleh terima sebab tiba-tiba je, 'whyy give it me why not your men friends??' haa gitu lah aku rasa (bukan tolak rezeki or sombong nop nop) apapun terima kasih banyak kerana ikhlas memberi *even aku sangat memerlukan simkard tu tapi takpelah T_T. Duit jimat-jimat uolls walaupun sana murah. Kalau dah semua murah pastu semua korang nak beli habislah duit korang melainkan korang terlebih kaya belanja lah kawan banyak terus *jangan sikit. alang-alang terlebih kaya tu kaann hewhew.



Sesi orang berduit membeli simcard. 



Mampu tengok je *tsk tsk 

Tak lama lepas tu bas travel pun sampai. Perjalanan diteruskan menuju destinasi seterusnya iaitu restoran untuk makan tengahari. Benda pertama yang kena cari mestilah makanan hihi. Lapar bebenor dah aku rasa ni.


Dalam bas otw keluar dari airport. 




Inilah dia Pak Harun (travel agency). Sedang memberi sedikit taklimat. Bapak ini baik bangattt, jawab satu satu soalan kitorang dengan sabar. Aku terus teringat ayah aku bila pandang muka dia yang sayup tu. 



Guess what? okay tett lambat. Ini tol jalan. Aku fikir Malaysia je ada tol-tol ni. Indonesia pun sama juga rupanya. I seee. 




Udah nyampe (sampai) di kedai makannya. Well tak jauh mana pun dari airport. Restoran ni betul-betul kat bahu jalan besar tu. 


Cerita bab makan ni aku memang cerewet sikit *kadang-kadang cerewet banyak lol. Sebab ia melibatkan lidah dan anak tekak aku pastu masuk dalam badan pula, memang lah aku memilih. Bab selain makanan boleh tolak ansur lagi. Waitt...bukan jaga diet ea sebab berdiet lah aku paling fail. Beruntung lah kalau korang jenis yang boleh makan semua benda kecuali tolak yang haram je. Tapi aku takkk lagi-lagi kalau makanan yang baru bagi aku *tapi dessert like cake or what lain cerita lah..maksud aku lebih kepada makanan berat.

Aku akan suruh orang lain rasa dulu makanan tu untuk aku then sibuk tanya, "camne?" "rasa dia okay?". Kalau orang yang aku suruh rasa makanan tu lulus untuk makan and bagi greenlight, barulah aku makan tapi still ada sedikit ragu lalu aku makan dengan perlahannya. Sape macam aku? hands up eh tak kebil mata hee.

Aku memang tak makan that so called 'penambah selera' like belacan, budu, cencaluk, tempoyak, jering, petai dan segala yang seangkatan dan berkaitan/bercampur dengannya. Tapi aku still boleh makan makanan ala kampung macam nangka masak lemak, cendawan busut, jantung pisang masak gulai, ulam raja eh banyak pula *itu pun setelah dipaksa makan oleh mak-mak (ummi mama). Kalau tidak sampai bila-bila aku takkan nelannya. Pasni diorang nak cabar aku makan belacan pula sedap tak sedap rasa dia. Oh no mann. Silap-silap boleh muntah.

Back to the topic, almost semua makanan kat sana aku tak boleh telan. Lagi-lagi makanan kat restoran yang kitorang 1st singgah ni. Bukan salah makanan tu tak sedap ke apa tau tapi aku yang sensitif sangat bab makanan. Buah dan air kosong dia je yang aku betul-betul boleh telan masuk. Tu pun aku rasa lain macam air kosong tu. Teruk naw naw lah. Aku dah risau macam mana 3 hari aku berbaki kat sini kalau perangai aku terus macam ni. Mati kelaparan? ya rabbi T___T . Sebenarnya ada sorang kawan aku, Adha pun macam aku juga but she is not too obvious. Yang bagusnya dialah orangnya yang akan makan sesuatu (makanan baru) dulu sebelum aku.


Ikan apa tah macam masak masam manis. Kuahnya agak berlendir. Mungkin banyak sangat letak tepung jagung. Just wondering. Nampak sedap sebab tengok kawan-kawan aku makan habis licin tapi sorry ikan aku tak dapat habiskan kau. 


Apa-apa pun aku nak ingatkan *pada diri aku juga, macam mana kita tak suka pun makanan tu jangan sesekali sindir makanan tu atau sesekali cakap tak sedap then marah. "Eww!! tak sedapnya, busuk!" *buat muka or else. Sebab makanan tu rezeki Allah bagi. Kalau tak sedap pun senyap ajelah cuba senyum, kalau sedap Alhamdulillah. Kita tak tahu dalam banyak-banyak rezeki Allah bagi ada keberkatannya. Nabi pun tak pernah ajar kita sindir-sindir makanan kan. Ingat tak lagi kisah Rasulullah saw makan buah limau yang sangat masam tu? Macam mana akhlak nabi kita contohi lah ya. Cinta mesti ikut bukan sekadar manis di mulut.



Bukan main selera makan. Kesian memasing lapar 


________________________________________________________________________

Next destination...

1st Ilmiah's trip : Sekolah Tinggi Agama Sumatera Utara (STAI) as-Sunnah di Tanjung Morawa




Sampai sini je dah masuk zuhur. Kitorang terus solat jamak taqdim. Mereka sambut baik kedatangan kami. Aku nampak banyak lelaki je kat sekolah ni tapi perempuan just a few. 'Sekolah laki-laki je ke ni?'. Ok first impression aku bila sampai sini, aku sangat kagum okayh dan malu dengan bi'ah solehah (suasana) dia yang sangat subhanallah nya terjaga sungguh! Islamik sungguh, rasa seperti di kota sejuta wali Kota Tarim,Yaman pula. Berdasarkan pembacaan aku, Kota Tarim tu salah satu jazirah Arab yang tinggi perdadaban dan sangat menjaga Islamnya. Kota yang penuh berkat dan dijadikan pusat perkembangan ilmu satu masa dahulu sehingga kini.


Ya ya walaupun aku belum pernah sampai Kota Tarim lagi but their surroundings according to my reading memang agak sama. Ok then aku rasa macam. 'bukan sekolah biasa-biasa ni'. Bangunan asrama lelaki dan perempuan agak jauh jugalah dan dibatasi dengan dinding yang tinggi. Kitorang semua solat kat asrama dia. Aku ingatkan sekolah ni takde budak perempuan sebab tak nampak kan. Rupanya diorang menyorok disebalik dinding besar ni hahaha. Otw melalui jalan ke asrama perempuan untuk solat tu aku agak awkward dan malu sebab pelajar-pelajar laki sekolah ni semua dok pandang pelik ja kat kami. Tapi most of them ada juga yang jaga pandangan, tunduk je kitorang lalu. Tapi yang lain tu ayoyo tak senang nak jalan la...awat? tak pernah nampak perempuan Malaysia ka? Mungkin dia jarang nampak budak perempuan sekolah dia kot i wonder. Macam kitorang artis ja. Ah lantak pi la depa nak pandang ka pa. Kitorang jalan laju-laju.

Ok dah berjaya masuk asrama perempuan. Masya Allah! hampir kesemua banatnya (perempuan) memakai kain cadar (purdah/niqab) di wajah. Macam sistem pondok pula. Semua tolibat (pelajar perempuan) yang lalu depan kitorang menyapa dengan senyum, bersalaman dan tanya nama semua. Diorang nampak sibuk ready nak solat mengaji waktu ni sebab dengar kuat bacaan al-Quran dari tingkat bawah hingga atas. Masya Allah Subhanallah lagi! diorang semua interaksi cakap Arab pula ngan kitorang. Mostly sesama mereka pun aku dengar butir-butir percakapan bahasa arab dengan lancar dari mulut eh. Itu baru pelajar, belum cikgu dia. Ana seperti sudah berada di jazirah arab aiwah.

Baru ready nak cakap indon. Tetibe dia speak arabic ah sudahhh. Part dia tanya nama 'ma ismuki' (apa nama awak), 'min aina enti' (dari mana) boleh lagi jawap dengan confident. Part dia tanya lebih-lebih tu tergagap juga la. Bukan tak reti nak cakap tapi sebab jarang komunikasi macam tu la normal kan gitu. Tapi ada sorang kawan aku ni pendebat hebat arab membantu juga lah cover part-part yang kitorang tak boleh nak jawap. Ustazah pun membantu juga. Lancar je ustazah berbual-bual dalam arabic dengan cikgu tu. Kitorang angguk-angguk senyum je geleng-geleng sikit hahaha. Balik nanti kau khatam kamus arab ye sis *sadis. Malu je taraf universiti kalah dengan taraf sekolah. *Nangis berjemaah plis T____T

Aku boleh katakan taraf sekolah STAI ni seakan-akan kolej walaupun tak banyak bangunan tapi cukup moden ya. Tak caya nanti aku tunjuk gambar.


Sedang berlangsung taklimat pengenalan sekolah oleh majlis tertinggi sekolah.

Tak sangka pula kedatangan kitorang disambut meriah. Siap buat majlis dengan semua perwakilan sekolah lagi. Nampak tak orang Arab tu? rupa-rupanya sekolah ni adalah bawah keleloan salah satu universiti Arab Saudi. Siap dapat tajaan arab saudi wow. Patut pun bahasa pengantarnya bahasa Arab. Andd perasan tak ada tirai oren tu. Itu adalah tirai yang memisahkan antara lelaki dan perempuan untuk menjaga pandangan dan sebagainya. Bagusnya sangat menjaga batasan ajnabi. Salute and adore! Dalam majlis ni diorang terangkan kaedah pembelajaran dan penghafalan al-Quran mereka selain memberitahu tentang profil sekolah.



Diberikan air teh botol dan beberapa kuih traditional Indonesia. 


Teh botol dia bagi tu rasa akar kayu. Macam air ubat. Aku excited dapat air ni ingatkan rasa cola-cola tapi hmm minum habis je la. Cuba jaga hati orang yang memberi even tekak aku dah rasa semacam. Telankan ajelah.



Di akhir program kami dihadiahi al-Quran sorang satu. Sukanya! 


Habis talk, mereka bawa kami semua menerokai sekolah ni. Macam yang aku cakap tadi yang sekolah ni moden juga lah sebabnya....



Ada konti radio tau. Radio sekolah ya. Wah universiti aku pun takde macam ni. 



Lengkap dengan studio untuk photoshoot gambar. Kau hade? 




Tak boleh la semua gambar nak tunjuk muka. Cannot cannot. 




Saya hos bual bicara anda pada hari ini. Muka harus kasi 'nur' sikit. 


Hebat kan? macam studio tv alhijrah pula lengkap serba serbi. Sekolah ke apa ni confuse jap. Ada banyak lagi gambar yang sempat diambil tapi cukup la tu sikit-sikit. Tempat lain ada banyak lagi gambar aku akan share.

Penat dah kaki ni berjalan. Jam dah pukul 3 petang time ni so kitorang siap-siap untuk tinggalkan sekolah. Destinasi seterusnya adalah tempat penginapan yes hotel yang terletak sangat jauh dari sini. Kat Danau Toba, Parapat. 3 jam perjalanan uhuhu pening aku duduk dalam bas lama-lama. Tidur dulu apa lagi.


.


.


.


tiktok tiktok


.


.


Maka tibalah di Parapat. Kitorang bermalam kat Atsari hotel semalaman. Dalam bebanyak hotel kitorang singgah kat sini, Atsari hotel lah yang terbaik. Rasanya ni hotel lima bintang kot..lah. Dari segi penginapannya, suasananya sampailah part makanan aku suka! Selalunya bab makan aku cerewet kan tapi ni tidak. Maksudnya tempat ni perfect. Kalau pergi Parapat, check in sini okay?



Ops bilik agak berterabur. Masuk-masuk main letak je barang sebab penat yang teramat. Satu bilik dua orang. Aku kongsi bilik ngan housemate aku, Adha. Buddies takkan terpisah katakan.



Adha la rajin naw amik gambar-gambar. Aku terus lena ja hahaha. 


Sis berhenti sampai sini dulu lah. Sebelum tu aku nak ingatkan beberapa perkara bagi sesiapa yang nak travel Medan atau mana-mana oversea lain. Aku ringkaskan je. My tips :

1) Passport/ic. Jaga elok-elok. Anggap tu nyawa korang sendiri. Kalau hilang maka jadilah warganegara sana ya. haha kidding. Nanti sulit kerjanya kalau hilang.

2) Beg lebih. Kalau boleh bawa lebih. Letak satu beg kosong dalam bagasi korang kayh. In case banyak barang terbeli nanti tak muat beg. Sebab balik naik airport..kalau naik bas boleh la jinjing je. Nak beli beg baru adalah satu pembaziran ye tuan dan puan.

3) Duit. Katmana-mana pun ada pickpocket. Jangan letak duit tu satu tempat je. Contohnya letaklah kat beg baju sikit, beg galas sikit, dompet sikit, kocek seluar sikit macam tu. Jangan pula korang lupa letak duit kat mana nanti jenuh mencari. Kalau (minta dijauhkan) duit hilang ke apa tak lah risau sangat sebab ada duit lain. Takde lah terus pokai hilang semua. Katsana pun banyak peminta sedekah tau. Haritu aku bagi sorang tu duit, peminta sedekah yang lain datang kerumun pheww risau aku dia tarik beg sandang. Dia kendong anak dia guna kain batik tu aku kesian tengok anaknya berpanas entah makan ke tidak. Aku ni cepat simpati then begilah sikit. Sekali kau, "buk tolong buk tolong". Dari mana tah ramai-ramai datang kat aku. Buat dunno je beheee. So korang kalau nak bagi tak salah tapi pandailah sorok-sorok time bagi tu.

4) Makanan. Kalau korang macam aku yang takut nak telan makanan pelik-pelik better bawa makanan kudapan sendiri. Haritu aku bawa roti and biskut je. Kalau aku tak boleh makanan kat restoran so then aku ada roti. Banyak roti yang bawa haritu sebab Adha belikan kat kedai runcit kshope unisza. Weee Tq Adha.

5) Toiletries. Jangan pula mengada nak bawa sebotol besar shower cream ke shampoo ke apa siap conditioner pula ya. Memang kena rampas kat pegawai kastam. Cairan lebih 100 ml tak dibenarkan. Aku pula gi bawa losyen 200 ml yang baru je beli tu. Last-last kena rampas huwaaaa mahal tau saya beli cik. Kawan aku takpelah kena rampas air mineral je. So apa yang korang kena buat ialah sediakan botol-botol kecil untuk isi shampoo, shower cream and colgate korang. Kalau takde boleh beli kat Mr. DIY atau Daiso ada. Kalau jenis yang tak kesah tu tak bawa pun toiletries ni semua sebab kat hotel memang ada sedia semua benda dari berus gigi semuanya lah. Tapi aku jenis kesah, tak suka guna entah apa jenis toiletries yang pihak hotel bagi tu. Entah-entah barang guna pakai kita tak tahu hehe so aku bawa sendiri.

6) First aid/ubat-ubatan. Lagi-lagi bagi orang yang mudah kena diarrhea *commonly babies/child. Sensitif makanan. Boleh beli ubat minum untuk diarrea kat farmasi ada semua. Kalau tak tahu tanya je pharmacist. Tapi aku takdelah sampai kena diarrhea..paling koman pun aku muntah je kalau makanan tu buat aku kembang tekak. Haa cakap pasal muntah ni, aku senang muntah kalau pening dalam perjalanan yang agak panjang. Sediakanlah minyak angin jangan lupa. Dll pandai-pandailah bawa kalau diritu cepat sakit. Habbatus sauda etc.


Dah tu je tips yang aku ingat. Ringkas-ringkas pun panjang juga hewhew. Kalau ada lagi yang aku ingat, aku akan sambung tips lain di entry seterusnya.

Nantikan Part 2 okay! Stay stuned. Penat tau nak update blog =')

Thank you for reading this entry!





Credit photo ; DSLR Canon Adha

Friday, 2 December 2016

Peneman setiaku

Assalamualaikum, selamat malam dunia. Lama betul aku tak menulis kat sini. Selalunya nukilkan kata-kata dalam intagram je senang terus upload. Ayat-ayat aku memang puitis kalau aku rajin tulis. Eh bukan puitis haha tapi berbelit dan macam merapu kalau baca kan? Hmm ngaku je lah, ku akui *sadis. Aku yang tulis, jadi ikut suka aku lah kan ayat nak berbelit merintik ke hape. mihmih. Maaf la ya pembaca tidak wujud sekalian hee.

Kalau dalam blog ni pepaham je la bagi sape yang ada blog tu, memang leceh sikit. Tu yang malas update sini. Abestu apa functionnya kau buat blog ni syakirin? beheeee blog ni memang saje tubuhkan mula-mula tu sebab tak ade kerja. Kalau aku teringat je baru update. Kalau tak ingat memang idoknyee leer, sampai kesudah berhabuk aje. Yelah blog pun bukan lawa mana so takde semangat nak menulisnya. Apatah lagi orang yang membacanya ahaks! *lagi sadis

Sayu je lagu kat corong radio ikim aku dengar sekarang. Seru pembelaan by Soutul amal. Ye memang wajib buka ikim setiap malam sejak kecik lagi sebab ummi yang buka sejak dulu. Aku yang mendengar jadi ketagih dengar. Setiap malam boleh dengar suara lunak merdu si Dj Faiz ni dok potpet potpet kat ikim sejak bertahun dulu haha. Tak pernah mengecewakan siaran ikim ni. Aku boleh hafal la semua slot dia setiap hari, lagu2 nasyid semua. Jadi apa anda tunggu? ๐Ÿ˜‰Marilah ramai2 tukar ke frekuensi ikim.fm 102.7 Seremban, 100.2 Kuala Terengganu. Ni je 2 frekuensi siaran yang aku ingat sebab aku memang duduk seremban je dan pernah belajar 3 tahun kat Terengganu dulu. Haha ni bukan promote tapi nak berkongsi manfaat ilmu yang banyak dikongsi melalui ikim.

Rugi tau tak dengar. Antara segmen yang aku suka dengar ialah slot mau'izati, usrah nurani, sampaikan salam hiburan mendidik jiwa, motivasi pagi, islam itu indah dan beberapa lagi aku tak ingat tajuk slot tu. Best sangat perkongsian dia.  Kalau malam2 start jam 10 ada slot sampaikan salam, aku akan hantarlah ayat debunga aku dan request lagu nasyid sekali. Jadi bangga jap aku bila Dj baca ayat bajet hampeh dan nama aku sekali hahaha gelabah je aku rasa. Ucapan yang sama hampir setiap hari/minggu aku hantar melalui samsung champ aku yang takde android tu. Simpanan duit kredit aku kat fon tu dulu banyak tau smpai rm30 aku kumpul sebab kredit aku cepat habis tempoh dan takde data pun nak  beli internetnya. Sight. Dannn ucapan tu mana boleh aku lupa haha sebab dah tu je kebanggaan aku dulu tau tsk tsk nya.

"Baiklah, saya akan baca pula beberapa mesej yang dihantar oleh sahabat kita. Daripada Nurul Syakirin Ahmad katanya.. 'Assalamualaikum dj faiz dan sahabat pendengar setia ikim sekalian. Semoga dibawah lindungan Allah selalu amiinn. Buat ummi tercinta dirumah juga keluarga saya, sahabat2 SMKA Shams dan yang mengenali diri ini diharapkan baik-baik selalu. Saya ingin tujukan lagu Jalinan-inteam buat kalian. Minta dj putarkan terima kasih dan selamat bertugas'..... Terima kasih adik nurul syakirin bla bla bla . . . "

Haa begitulah lebih kurang ucapannya haha memang takde kerja sangat aku dulu. Kalau rajin, aku tambah ayat nasihat sikit, Islamik giteww. Padahal ummi aku sebelah aku je time ucapan dibuat dan dibaca๐Ÿ˜‚ Tapi punya seronok "Ummi ummi dengar dengar ni ucapan dia lepas ni best. Dengar tau jangan miss" *buat mata kucing, bersinar*. Yeay THE HAPPY ME past years ago. Sekarang ni Dj asyik tertinggal je nak baca ucapan aku yang aku hantar kat twitter ke insta ke fb sebab banyak sangat ucapan. Mesej dia tak terima dah๐Ÿ˜ข pai ati.

Tapi kalau dulu send by message so kena daftar ikim 50 sen dulu baru boleh hantar mesej kat ikim seumur hidup. Tapi sekarang takdenyaaa dah nak mesej bagai. Hantar je pesanan kau kat twitter, intagram ke apa.

Memang ikim jadi peneman setia aku dari sekolah rendah lagi. Haaa lama tak lama aku setia. Tak pernah curang tau kacawali (ayat ustaz Fattah..alahai teringat ustaz Fattah huhu rindunya! Bukan fattah amin haipp)..haa kacawali ada tangan2 yang rajin mematahkan kesetiaan aku. Seronok aje tukar siaran. Sob sob tskk :') Dulu kan aku bawa belajar kereta Atos aku ke Ganu dan siaran radio kereta tu memang aku set ikim je tapiii bila dah kongsi ramai2 kereta tu pepaham je lerr ada tangan gatal menukornya, huwaaaa! How could them hancurkan kesetiaanku duhaaaii. Seronok2 aku dengar motivasi pagi otw ke kelas dah ditukar haha. Honestly, aku rindu sangat-sangat kat budak2 kelas diploma dulu. Tak rindu pun orangnya lol tapi rindu kenangan yang pernah kita sama2 cipta. Pahit maung alam diploma, lagi pahit alam degree bhahaha! *gelak Dato' Vida. But yeah, thats the truth. Mana benda nak senang kan.

Ya Allah dah pukul 1 pagi aku tak perasan betul. Apesal mata tak ngantuk ni. Pelik betul ni. Mungkin sebab dah tidur panjang tadi. And oh ya no pictures on this entry kali ni. Next time lah kalau hakak ingat nak update lah. Aku nak share lawatan aku ke Medan dulu. Mugonyoo ingat. Sampai sini je lah ya. Time to sleep. Melainkanlah kau tidur ikut waktu luar Malaysia. Toodles!

Thursday, 24 November 2016

Syurgaku di Matamu Ummiku sayang



๐Ÿ’ŒSyurgaku di matamu
~
Terngiang-ngiang di benak fikiran hal semalam..
"Ummi, pandang lah sini." sekilas wajah jernih itu melayang pandang ke lensa kamera.

'Kachhhikk', gambar diambil dengan lagak bersahaja. Tangan kiri ummi penuh memegang sebungkus plastik buah dukong. Gemar barangkali hingga dibawa kehulu kehilir sepanjang pantai. Sekejap-sekejap ummi duduk di persisiran pantai untuk dijamahnya satu demi satu buah.

'Ah ummi kalau dapat buah, susahnya mahu berhenti makan', monolog aku dalam senyum disebalik secebis kain menutupi muka. Seronok melihat ummi makan sehingga aku pula jadi berselera. Tiupan angin lembut tidak berhenti-henti menari.
Hembusan angin pantai bertalu-talu menampar tubuh. Tidakku endah lalu aku melihat sekujur tubuh itu, hati kecil berbisik 'macam mana nanti hidup aku kalau ummi tiada'. Aku benci suara hati tu. Soalan yang gemar sekali menujah fikiran. Rasa sungguh berdosa mencubit rasa. 'Tapi macam mana kalau aku pergi dulu?', berterusan hati serta kepala berfikir tiada kesudahan. Astaghfirullah al-'Azim. 'Hargailah mereka juga hargailah dirimu duhai anak. Banyakkan baktimu kerana itulah lorong mudah engkau menyusur ke syurgaNya kelak', monolog aku untuk aku.

Syurga itu telah berpindah di telapak kakinya, dibawanya ke mana-mana. Nabi pun menggelarnya sebagai tiang, tatkala kehidupan adalah bngunan.
Seringkali aku pohon pada Sang Kekasih Abadi. 'Jagalah dia untukku, jagalah dia untukku, jagalah dia untukku'. Besar sungguh kasih sayangmu ibu lalu aku tidak dapat membayangi betapa besar kasih sayang tuhan itu kepada hambanya. 1 rahmat kasih sayangNya dibahagikan ke seluruh isi bumi manakala 99 bahagian lagi di akhirat. Sama-samalah kita memburu 99 lagi rahmat yang tersimpan disisiNya.

Tiada upayaku melainkan hanya padaMu Rabbi๐Ÿ’ู„ุง ุญูˆู„ ูˆู„ุง ู‚ูˆุฉ ุฅู„ุง ุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนู„ูŠ ุงู„ุนุธูŠู…๐Ÿ’

Teringat monolog adik selepas dia solat isyak tadi. "Ummi, nak tengok kaki". "Em, takde syurga pun? Kan syurga ada kat telapak". Aduhai adik cha๐Ÿ˜‚ Bisa saja kamu

Friday, 20 May 2016

Why do i choose to wear niqab

๐ŸŒนWHY DO I CHOOSE TO WEAR NIQAB๐ŸŒน

Bismillahirahmanirrahim..
Rasa macam nak 'share' pula kenapa saya memilih untuk memakai niqab sebab belum pernah lagi kongsi kepada sesiapa tentang ini. Kisahnya biasa-biasa saja tidaklah menarik seperti kisah-kisah niqabis lain yang mempunyai seribu satu kisah dituruti variasi cerita yang menginspirasikan mereka yang lain. Tapi itulah satu-satunya kisah bagi saya dalam usaha menjadi wanita yang agak asing dalam norma masyarakat.

Saya sekali pun tidak pernah terfikir akan menjadi sebahagian golongan niqabis. Fikir saya, seorang yang berniqab bukanlah hanya niqabkan mukanya sahaja malahan lebih daripada itu yakni niqabkan(tutup/jaga) jua hatinya. Sedangkan kebersihan hati saya masih belum mampu untuk terjaga sepenuhnya. Jauh lagi untuk dikategorikan sebagai wanita muslimah, mukminah apatah lagi muttaqin. Saya sedar diri saya siapa. Tidak layak rasanya untuk mengenakan secebis kain itu di muka hatta aurat yang asas pun sukar bagi saya untuk menjaganya. Kadang-kadang, tak pakai stokin, tak pakai handsock dan 'scarf' di kepala pun boleh lupa pakai. Bermacam alasan yang saya bagi. Allahu Rabbi. Itulah saya 3 tahun yang lepas. Siapa kata jadi wanita muslimah itu mudah? Kerana syurga Allah itu mahal nilaiannya. Maka, memadailah dengan jerih payah kita.

Dahulu, saya seorang pemakai tudung  'universal'. I mean, semua jenis bidang tudung saya boleh pakai sama ada 45/50/55/60. Saya bukanlah 'alim'. Saya akan memakai mana-mana bidang tudung mengikut cita rasa saya, mengikut suka pada satu-satu hari. Kalau rasa nak pakai tudung pendek, ambil bidang 45 dan kalau-kalau nak pakai yang labuh, pakai bidang 100. *haha tak tak mana ada bidang tu ๐Ÿ˜‚. Prinsip saya, asalkan tudung tu boleh menutupi bahagian dada, saya akan pakai hatta ia tudung bidang 45 pun. Saya akan cuba 'cover' sehabis boleh bagi labuh dibahagian depan. Ingat hawa, try to cover that part, your chest. Malu sikit ye. Hmm, sebab..Allah masih jaga saya. Allah terbitkan rasa malu mendedahkan bahagian yang patut dijaga. Dan dengan sebab saya takut dengan pandangan mata-mata lelaki liar yang tidak menundukkan pandangan. Alhamdulillah, mungkin juga  kerana kehidupan seharian saya dikelilingi oleh insan-insan yang juga berpakaian labuh dan longgar waima saya bukanlah begitu. Ibu saya sendiri memang seorang yang sangat menjaga auratnya. Kemana-mana, mesti memakai stokin dan penutup dagu hatta ke pasar sekalipun. Ya, saya sangat kagum dan terinspirasi dengan beliau. Ibu yang saya panggil 'ummi' itulah yang telah saya teladani sejak dulu, kini dan selamanya. Love you ummi๐Ÿ’—

Saya biasa-biasa saja. Saya tidak istiqomah dalam memakai tudung bidang labuh. Ya, walauphn saya sememangnya memakai tudung menutupi dada tetapi kalau di terik panas bahangnya matahari, cepat saja tangan ini menarik tudung sampai ke bahu bahkan kadang-kadang turut menyinsing lengan hingga ke siku. Disebabkan panas, sedikit pun saya tidak menghiraukan kalau-kalau ada orang bukan mahram disekeliling yang memandang. Betapa diri ini jahil, lupa terus tutorial syariat yang Allah ajar dalam al-Quran yang bermaksud :

"Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka".  (Surah An-Nur, ayat 31)

Sewaktu berusia belasan tahun dahulu, dalam lingkungan tahun 2011-2013 begitu (jap, rasa dah tua sangat pula sekarang), saya gemar membelek-belek page atau profil  di laman 'fb' mereka yang mengenakan pakaian sunnah ini. Tidak tahulah mengapa padahal sedikit pun saya tidak berkeinginan untuk memakainya. Saya sekadar minat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang niqab dan mengapa mereka berniqab. Walaupun saya sendiri tidak bersetuju jika wanita meng'upload' banyak gambar apatah lagi gambar 'selfie' di media sosial (lain orang maka lain fikrahnya), tapi ketahuilah gambar-gambar mereka telah menjadi inspirasi asbab penguat bagi saya memulakan langkah untuk berniqab kini. Setiap hari ada saja mana-mana insan berniqab saya tambah menjadi rakan fb. Hari semakin hari 'news feed' saya semakin dipenuhi dengan gambar wanita berpurdah. Sedikit sebanyak turut terinspirasi dengan kisah mereka yang hebat-hebat. Jauhnya dengan diri saya ni.

Terdetik di hati, 'macam mana agaknya perasaan apabila berniqab/berpurdah?'. Lantas dengan perasaan membuak-buak untuk turut merasai pengalaman menutup wajah, dengan pertama kalinya saya membeli online. Wah! 'excited' sungguh. Berbekalkan duit belanja sekolah yang dikumpul, saya membeli sehelai kain chiffon half-purdah bertali dengan harga RM10. Pada tahun 2013, purdah dibeli daripada Mutmainnah clothing. Itulah purdah kali pertama, tirai yang menutupi disebalik wajah sederhana ini. Akan tetapi, kain purdah tu sudahpun hilang entah mana kerana ditiup angin bayu malam dek kerana menyidainya dibelakang rumah pada malam hari.

Kerana ingin mendapatkan 'rasa' itu, pada mulanya saya cuba-cuba memakainya diluar apabila berjalan dengan keluarga. Memang terasa sangat janggal dan teramatlah kekok. 'Awkward!'. Orang sekeliling asyik memerhatikan dengan pandangan yang pelik malahan ada yang turut memandang dengan kening dan dahi yang berkerut. Apa yang pelik sangat saya kurang pasti. Mungkin inilah yang pernah Cikgu sejarah di sekolah saya dahulu katakan. Dia pernah memberitahu tentang hadith nabi dalam kelas yang berbunyi, "Islam itu datang secara asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing".

Terkadang saya semput tercungap-cungap seakan berupa orang yang kehilangan nafas ๐Ÿ˜‚. Yelah, 'first time' katanya. Seingat saya, hanya tiga atau empat kali sahaja saya memakai purdah tersebut dan saya fikir itulah kali pertama dan terakhir saya akan pakai dengan sebab puas sudah dapat tahu 'rasa' tu. Berkenaan perasaan memakainya, Wallahi saya cakap! saya tidak boleh nak gambarkan macam mana sehingga anda memakainya sendiri maka anda akan tahu. Hakikatnya saya boleh katakan, "tenang-setenangnya". Hadir dan timbul rasa yang tak mampu diertikan melalui apa-apa jua lisan dan pena bicara saya. Itupun kalau kita betul-betul hayati sambil koreksi diri dalam memakainya, dengan sepenuh rasa dan hati. So back to the topic, setelah itu , saya putuskan untuk simpan sahaja purdah tersebut dalam laci almari dengan harapan tidak memakainya lagi.

Hari demi hari berlalu, saya sudah mula memasuki di alam Universiti. Melalui hari-hari orientasi di universiti tersebut, saya mendapati ramai dikalangan mahasiswi yang berniqab dan berpurdah. Baru saya tahu, saya telah memasuki salah sebuah ipta yang membenarkan pelajarnya memakai purdah dan niqab. Saya betul-betul memuji ipta ni. Tetapi, melihatkan ramai yang menutup wajah di ipta tersebut tidaklah menjadikan saya turut berkeinginan  menutup wajah sama. 

Pejam celik pejam celik, sem 1 pun berakhir. Masing-masing pulang ke kampung halaman dan menikmati cuti awal sem. Waktu cuti inilah permulaan titik tolaknya penghijrahan pemakaian saya. Ketika inilah saya dilanda musibah, hati dan jiwa dalam keadaan sangat serabut, tidak tenteram dan tidak tenang. Terkadang, fikiran rasa tidak waras dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Pada waktu yang sama, banyak dosa dan noda di waktu silam datang silih berganti menghantui dan menerjah setiap sudut dan ruang pemikiran saya. Banyaknya dosa aku ya Allah, begitu menggunung. Bagaimanakah aku ini wahai Allah seandainya aku mati sekarang? 
T-T Sungguh lemahnya dan hinanya diri ini dihadapan Rabb. Rasa diri ini begitu jahil kerana tidak tahu untuk berbuat apa-apa waktu ini. Solat Taubat jauh sekali. Hanya mampu menangis dan menangis sebagai mengungkap takbir jendela hati yang sekian lama membengkak. Setiap kali usai solat fardhu, saya jarang muhasabah atau doa dengan sebaik-baiknya. Tapi kali ini, terbit rasa hati yang begitu mendalam ingin berasa lebih dekat dengan Tuhan. Betapa hati ini tidak mahu jauh lagi dari Allah. Cukuplah selama ini saya dah jauh dengan Dia. Tak kuat lagi untuk berjauhan kerana baru tersedar dari lena yang panjang bahawa diri ini sebenarnya lemah tanpa Dia disisi. Bagaikan tidak mampu ditahan oleh kedua belah kelopak mata lagi, dengan begitu mudahnya mutiara jernih menghujani dan membasahi pipi. Saya mengadu segala-galanya pada Allah, saya ceritakan segala-galanya pada Dia serta meminta taufikNya untuk memandu saya ke jalan yang diredhai. Doa diselangi tangisan mencurah-curah yang cuba ditahan sendunya kerana bimbang didengari kaum keluarga saya. 

Mata saya kemudian terus tertancap pada satu kitab suci agung itu, al-Quran yang terletak elok di meja solek. Terus digapai, lantas helaian demi helaian saya membeleknya dan secara 'randomly' saya berhenti pada satu muka surat. Saya membacanya dari sudut hati yang begitu mendalam seolah-olah memaknakan kalam suci yang dibacakan. Terasa seperti Dia bercakap dengan saya. Tenang! Benarlah dengan mengingatiNya sahaja hati menjadi tenang. Sejurus selepas itu saya membaca tafsirannya. Allah! Kali ini tangisan saya boleh membanjir. Mata semakin membengkak. Ajaib sekali, Allah seakan-akan jawab segala permasalahan yang membelenggu benak pemikiran saya melalui kalamNya. Semua persoalan hati saya terjawab dengan ayat yang tersusun indah di laman surat cinta-Nya yang saya baca secara rawak sebentar tadi. Allah sedikit pun tidak meninggalkan hamba-Nya malah sangat dekat dengan hambaNya, lebih dekat daripada urat nadi di tengkuk kita. Subhanallah! Rahmat Allah sungguh besar dan tidak terjangka.

Saya tertanya-tanya dan berbisik-bisik pada segenap ruangan hati "Wahai Allah, bagi jalan padaku untuk sentiasa dekat denganMu, tolong aku untuk sentiasa denganMu di setiap penjuru waktu, bantu aku ya Allah supaya tidak berterusan melakukan perkara yang Engkau murkai. Aku malu ya Allah, aku malu denganMu. Sedang aku lalai, rahmatMu tidak jemu hinggapi diri yang hina ini dan memayungi diri ini." 

Entah mengapa selepas itu, saya terus membuka laci almari dan mengambil purdah yang tersimpan rapi dalam ruangan tersebut. Secebis kain berwarna hitam itu saya genggam erat dan diamati. Pada fikiran saya, mungkin ini jalannya. Ya inilah permulaannya. Syaitan yang tidak mahu kalah terus menggoda dan mempengaruhi fikiran saya, 'ahh, nanti orang mesti cakap-cakap. Bajet alimlah, konon baiklah. Ish, taknaklah..kau pun belum cukup baik. Belum masanya'. Tidak semudah itu saya rela dihenyak syaitan terkutuk. Saya lantas memakainya dihadapan cermin kaca meja solek. Hati membisik, 'Yang penting Allah redha. Nilaian Allah yang penting, bukannya manusia. Biarlah mereka nak cakap apa pun'. Alhamdulillah, segala kekuatan itu seakan-akan diutus terus dari Allah menyelinap masuk diri saya yang serba lemah ini. Ya saya mudah jatuh kerana manusia, tapi kerana Allah saya akan bangkit. 'Mungkin selepas ini aku akan lebih dekat dengan Allah asbab secebis kain ini', bisik saya di dalam hati. 

Keesokannya, saya meminta kekuatan dari Allah untuk meminta izin untuk menutup wajah daripada kedua ibu bapa saya. Sebelum itu, saya amalkan banyak-banyak selawat dan berulang kali menyebut 'Ya latif Ya Latif Ya Latif' agar dilembutkan hati mereka lalu membenarkan saya mengenakan sehelai kain di wajah. Sungguh, hati itu Allah yang pegang. Dengan mudahnya saya mendapat keizinan daripada ibu bapa saya malahan bapa saya begitu menyokong. Katanya, "jadi perempuan arab lah sekarang". Hahaha๐Ÿ˜‚. Ibu saya seperti biasa tidak kering dalam memberi nasihat dan taujihat, "Pakaian kita ni biarlah sejajar dengan akhlak kita". Alhamdulillah ! ๐Ÿ˜ƒ Biarpun terdapat sedikit tentangan daripada keluarga yang lain, tetapi lama kelamaan mereka sudah terima. Believe in Allah, so there is no impossible. Seminggu selepas bermulanya sem 2, saya memakainya. Betul-betul purdah tu satu sahaja yang saya bawa ,yang saya ada dahulu. Selepas sehari pakai, malamnya basuh pula dan begitulah sehariannya. Gigihnya nak pakai purdah. Saya tidak hirau orang mahu kata apa pada saya kerana saya tidak mahu mengemis sedikit pun perhatian manusia, akan tetapi perhatian Allah yang saya cuma dambakan. La hawla wa la quwata illa billah! Tiada daya dan upaya ku melainkan Allah. Alhamdulillah syukur, segala kekuatan dari Allah.

Mungkin ada tertanya-tanya, ada apa pada sehelai kain itu. Purdah ini bagi saya hanya inisitatif sahaja dalam penghijrahan saya. Bagi pendapat saya, selepas saya memakai purdah saya akan cepat rasa bersalah apabila membuat dosa atau perkara sia-sia. Misalnya, saya tidak lagi bergelak tawa dengan kuat sehingga hilang batas sebagai seorang muslimah oleh kerana malu sebagai seorang yang berpurdah berbuat sedemikian rupa. Saya akan lebih jaga adab untuk bercakap dengan lebih sopan bukannya cakap yang sia-sia. Jika saya terpandang wajah saya yang berpurdah di cermin, saya akan bertanya pada diri saya, 'pantaskah aku sebagai wanita berpurdah berbuat sekian-sekian'. Lantas saya akan tertunduk malu dengan diri sendiri. Saya mesti menjaga imej wanita berpurdah juga wanita muslimah untuk mencapai tahap wanita muttaqin. Begitulah cara yang saya lakukan iaitu dengan muhasabah dan terus muhasabah diri sendiri non-stop. Nampak? Hanya kerana secebis kain dimuka, sedikit sebanyak mengubah gerak geri perlakuan saya agar berakhlak sopan.

Berniqab atau berpurdah ni pakaian takwa. Belajar mengikut pakaian isteri-isteri nabi dan sahabiah. Hukum berniqab ni ada yang sunat, ada harus malahan ada yang sampai tahap wajib. Berbuat sesuatu perkara dengan ilmu, bukan hanya bertaklid (ikut-ikutan) sahaja. Kita tidak akan mendapat apa-apa melainkan yang sia-sia sahaja. Hukumnya berdasarkan banyak mazhab. Pendapat mazhab Syafi'e sendiri ada dua qaul (pendapat). Qaul pertama mengatakan, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah dihadapan lelaki ajnani. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’e. Tegur saya andai silap. Mungkin ada yang lebih arif bab ini.

Kalau kita pakai, pakailah sbb nak ikut sunnah, bukan nak nampak indah, sebab fesyen atau unik. Tajdid selalu niat kita ni agar tidak tersasar ataupun melampau-lampau, Insha Allah. Janganlah pakaian sahaja nampak tertutup, tapi secara hakikatnya, terbuka pada mata yg memandang. Orang suka tanya, niqabis ni semua cantik sangat ke sampai nak tutup wajah? ☺ Jawapan saya begini, berniqab bukan bukti bahawa dia tu cantik. Cantik tu kan subjektif. Akan nampak cantik pada orang yang selayaknya. Cuma niat memakainya lebih kepada untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Itu yang utamanya. 

Menurut saya, bila berniqab berpurdah kita akan rasa lebih aman sebab wajah kita terpelihara. Bila berniqab, hati kita jadi beringat. Memakai niqab ini pilihan yang mendekatkan diri saya kepada Allah. Jadi, apa sahaja kata kata orang, saya cuba hadam. Namun, secebis kain di wajah ini takkan saya tinggalkan melainkan ada keadaan yang terpaksa dibuka. Wahai niqab, bertahanlah denganku. ๐Ÿ’•

Inilah kisah saya. Yang baik diteladani, yang buruk dijadikan pedoman hayat. Moga bermanfaat, moga Allah redha.

Saidatina Aisyah RA perna berpesan.
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang."
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, jagalah kehormatanmu dan perhiasilah keperibadianmu dengan cahaya rahmat melimpah ruah dari Allah swt. 
                                                                                   ๐Ÿ’ŒBeing ghuraba'

Sunday, 29 November 2015

Hidupkan hati dengan Zikrullah

Bismillahirrahmanirahim. .
Assalamualaikum wbt..

Aku pernah bagi tazkirah depan kelas aku tentang zikir. So, harini nak kongsi semula disini supaya aku tak lupa.

Okay..hmm
Hati yang berzikir ni adalah hati yang hidup.

Banyakkanla daripada kita untuk lebih mengingati Allah. Yakni banyakkan berzikir. Kaitkan apa yg kita cakap dengan Allah.

Kurangkanla daripada kita daripada brcakap yg sia2 dan buruk. Dahulukan akal daripada lidah sebelum kita berbicara. tolonglah stop mulut kita ni drpda mencarut. Misalnya B.o.d.o.h dan sebagainya..bagi sesetengah kita mungkin perkataan tu dah biasa sbb selalu ckp dan jadi immune dgn khidupan seharian kita. So bgi kita takde bende pun. Tapi org lain yg dengar?adkah mereka biasa dengar? ia tetap buruk kan bila didengar orang..tanpa kita sedar..prkataan yg selalu kita sebut tu telah  mnjadikan hati kita ni keras dan berpotensi menjadi hati yang mati. Dan sperti nabi sebut...orang yang jauh dengan Allah adalah orang yang hatinya keras. ALLAHUROBBI..wa nauzubillah.

Ketahuilah drpd kita bahawa bila hidup kita ni dah jauh drpd Allah, khidupan kita jadi sia-sia. Saya ulang. Sia-sia !
Boleh ke kita hidup kalau Allah dah jauh dari kita? Susah hidup insani itu ble diri dia jauh dengan Allah kerana kehidupan seharian kita mgrapkan belas ihsan dan rahmat tuhan. Betul?

Ya Benar...hari2 kita solat, baca quran, buat amalan sunat dan sebagainya..perfect la! Dan dengan itu kita sangka kita dah dekat dengan tuhan? Benar begitu?..tapi kemanisan ibadah tu sebenarnya dah takde bila kita jauh dengan Allah. Hati kita tidak lagi bersama Allah. Kadang2 dalam solat teringat kat bende lain..dalam solat ni sedang berhadapan dengan Allah masih lagi kita ingat benda lain. ALAHH.. apatah lagi di luar solat?sejauh mana kita ingat Allah? Sejauh mana kita kaitkan percakapan kita ni dengan Allah?..kadang2 kita rasa susah nak menangis depan allah ketika berdoa..ketahuilah, hati kita da keras sebenarnya..kita jauh dengan Allah..sebab tu hilangnya kemanisan dalam beribadah tu tak lain tak bukan sebab ‘kemanisan’ maksiat mula menyibuk dalam ruang hati. sikit-sikit dia ambik tempat.


Jadi sahabat yg disayangi kerana Allah, jangan tunggu hati kita nak bersih baru nak zikir tapi berzikirlah untuk bersihkan hati.. 

Otw nak menuju mana2 naik motor naik kereta atau jalan kaki sekalipun..tak salah kan kalau kita nak berzikir atau berselawat?ingat Allah je pun dah memadai..biarlah orang kata kita ni bajet/ syadid dengan mulut kita terkumat kamit zikir camtu kononnya alim la kan. Allah je boleh menilai kita sejauh mana kita ikhlas atau tidak dalam berzikir..Basahkan bibir kita ingat Allah spanjang perjalanan kita nak kemana2 pun. Allah akan memayungi kita dengan rahmat Dia yang maha luas sepanjang perjalanan kita..dan kalau-kalau kita mati dalam perjalann kita, kita mati ketika mana hati sedang bersama Allah..ketika iman sedang memuncak . Subhanallah! Khusnul khatimah pengakhiran kita insha Allah..

Bercinta la dengan Allah dengan berzikir..bercintalah dengan kalamullah yakni surat cinta Allah. Berbahagialah dengan berzikir mengenal Allah. Barulah Hidup kita ini terarah. 

Jika betul diri kita ini ikhlas bermujahadah..buktikan dan nilaikanlah sebaik mungkin jihad kita tu. 

Yang baik dari Allah jua dan segala kekhilafan dari diri sya yg khilaf ini.
Semoga beroleh manfaat 
Wallahu Alam..

Nukilan di petang yang hening,
NURUL SYAKIRIN BT AHMAD ♡


Maaf atas segala salah bicara saya .
Saya khilaf. Mohon nasihat di ruangan shoutbox di sebelah kanan blog atau di ruangan komen ☺