Friday, 8 May 2015

Latihan Muhadathah

Assalamualaikum

Salam tengahari..huh panas berpeluh dok padang new zealand kat unisza ni. Haha bukan new zealand betul pun tapi sebab pokok-pokok dia kat situ macam pokok-pokok kat sana so budak-budak sini prefer nama tempat tu Newzealand. Entah la aku pun tak tahu apa kenama ntah pokok tu
haa..pokok dia camni..yang muslimat cecomel tu abaikan
hahaha

Macam-macam peel la dorang ni buat aku gelak tak henti-henti. Actually kitorang ada lakonan muhadathah beberapa hari je lagi. Kos aku iaitu Aqsa akan bertanding dengan syukbah(kos) fki lain kat sini. Kiranya ni kira markah bersama la. Dengan itu kami berganding bahu la*ceh ayat tak boleh bla* bekerjasama biar lakonan kitorang lagi mantopppp gituh. 

Pastu berhenti makan jap. Adha(kawan) beli nasi lomak RM2 ya jahhh kat mana tah dia beli. *wlaupun dia dah bagitahu selok belok jalan mana dia beli tadi. Ingat den paham?hee memang tak ler aku kalau bab jalan ni..sorry Adhauu.      


Woi banyak kot dia beli nasi lemak siap ada ikan tenggiri sambal ngan telur*ttbe teringat Telemong,,Ustaz Balaghah la ni...haha abaikan =='  . 

Exco kita kata 'Aku sebagai exco Kebajikan kena jaga makan minum korang'..k Thanks..credit to Adha ;) Then...Makan la kitorang reramai di bawah teduhan pokok 'New Zealand' *lah sangat . Lepas makan, memasing senyap jap akibat kekenyangan. Sebaik tak tidur kalo tidak macam ular sawa lepas makan tidur..ehh, bukan macam ular tapi macam perangai SYait0nirrajimm Laknatulallah..hoho

Pastu berlatih berlatih n so on. Bila penat berhenti pastu yang tak tahan pergi bukak lagu Hindustan dorang ni *siap pakej joget bagai ==' Haishhh boleh pula...malu and nak gelakk satu hal! rupanya penuh laptop kawan aku ngan lagu2 Hindustan *taknak mention la sape..haha. Pergh! kemain dia nampak je gituhh hoho. Sweet momment we had go through together with my kesayangan ni. Tak dapat bayangkan bila berpisah nanti :'(


But its normal la kan. Setiap pertemuan mestila ada perpisahan. Dimana ada bermula adalah juga pengakhirannya kan. Tak perlu risau sebab Allah dah aturkan semuanya kalau bertemu kerana Allah, Insha Allah satu hari nanti mesti jumpa balik. Kalau tak jumpa kat dunia, kat Akhirat nanti jumpa la :)
Bertemu Berpisah kerana Allah~Allahu Akbar Allah maha besar Lailaha illallah *eh ternyanyi pulak...ngeeee


*props rumah tak kukuh lagi, tapi kereta cun..haha nasibla rumah dan kereta colour feminin giteww. Kalau dah perempuan selamanya ungu dan pink.haha

Eh barang props tak cukup la pulak. Hmm pergi pulak kedai RM2.06 *psstt gst=='* nak beli tali rapia nak buat pompom(alaaah, yang pasukan cheers guna tu la). Singgah pula farmasi nak beli handyplast sebab kaki kesayangan kita injured. Ternampak pulak akuarium ada ikan kecik2 sheshomel je dia and cantik pulak tu sebab badan ikan tu ada shiny macam berlampu. Subhanallah!

*selamber je aku captured walaupun akak farmasi tu pandang-pandang..peduli hape :P

 Then datangg balik ke New Zealand...sambung buat kerja propss. Buat pompom. 

Sambil-sambil tu yang lain tengah berlatih

Kelakor nengok gelagat-gelagat kesayangan aku ni berlakon. Hanan paling bersemangat sampai ke tengahari! Harap petang ni dia ada semangat lagi hahaha. Kami berlatih muslimat je pagi ni.Dari pagi jam 8.30am smpailah la ni pukul 12.45pm baru berhenti. Pasni pukul 2.30pm habis Solat Jumaat sambung balik berlatih berlakon dengan satu geng Aqsa yang lain..maksudnya campur ngan Banin ler.haihhh, malas pula nak datang petang ni. Sebabnya bukannya aku berlakon pun sebenarnya.haha aku just bahagian props je. Ngehngeh..

Eh, kena datang gak. Tak boleh malas2. Sian dorang yang berlakon yang kena main dengan emosi.haha nasiblah korang... QOWIY!

Duhai iman , semoga kau terus kuat . Bukan untuk hari ini . Tetapi untuk setiap hari amiinn. :)

Celik hati buka minda

Assalamualaikum :)

Hello peeps !  Sobahul kheir..Selamat pagi kerajaan bumi Allah.. Alhamdulillah today i woke up and stay healthy. Thanks Allah..


Nice shoot of mine in early morning from site view of my block..really amaze n speechless in few seconds. SUBHANALLAH ! Allahu Akbar...

Aku terpana lagi
Buat sekian kalinya
Mata tetap tidak jemu memandang
Melihat, meneliti, menghayati
Panaroma alam yang sungguh indah permainya
Lagian di waktu fajar itu
Tatkala ramai insan masih diulit mimpi.

Tatkala kepala didongak
Memandang langit nan indah
Hati selalu berbisik dan tertanya
'Ya Allah, Engkau sedang memandang aku dengan kasih sayang bukan?'
'Benar, rahmat Allah sedang memayungimu'
Hati segera menjawab persoalan minda.

Akan tetapi diri ini jahil
Kerana buta dalam menilai cinta tuhan selama ini..
Kau mengejar bahagia 
Tetapi kau lupa 
Bahagia itu datang dari hati
Yang mengenal Tuhannya ALLAH..

Fatamorgana maya yang seindah sentuhan alam
Indahnya itu tidak mampu diucap dengan kata
Menyentuh sanubari kalbuku
Terkadang aku dibuai dengan panahan alam
Yang bagiku sungguh menakjubkan

Namun..semua yang indah itu
Sebentar cuma
Seindah cuma
Walau cantiknya ia, tetapi tidak kekal
Yang kekal jua adalah di sana
Ya, alam sana yang bakal kita huni
Itu yang abadi
Selamanya...

NUKILAN; Nurul Syakirin Ahmad


Eh! Terbuat puisi pula.hehe..takpelah jiwang sikit dengan Allah pagi-pagi kan. 
Puisi tu hanya mengungkap segala rasa di hati aku je. Hakikatnya keindahan alam maya tak mampu nak diungkap mahupun digambar melalui kata-kata. Begitu hebat ciptaan Allah. Patutla langit tu bersih dan cantik je sebab langit sentiasa memuji berzikir kepada Allah sepanjang waktu non-stop tau. Sedangkan kita? Allahu rabbi, sepatutnya kita la kena lagi banyak memuji Allah tau daripada zikir sang langit. Sebab apa? Ya, sebagai tanda syukurnya kita kepada-Nya kerana kita adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah daripada makhluk-makhluk lain yang Allah jadikan. 

Kalau kita fikir balik kan, kita ni makhluk yang dijadikan daripada tanah je nak dibandingkan dengan jin dan malaikat yang dicipta daripada api dan cahaya yang mana jauh dari akal fikiran kita mereka lagi hebat, kan? Sampai Iblis tak puas hati bila Allah suruh dia tunduk kepada Adam sebab dia rasa dialah makhluk paling hebat sebab dijadikan daripada api sedangkan Adam dicipta dari tanah je...

Tapi kan, dalam banyak2 makhluk..Allah memilih kita menjadi khalifah di atas muka bumi dan Allah da sebut dalam Al--quran yang kita ni manusia adalah sebaik-baik ciptaan tau. Allahu, besarnya rahmat Allah kepada kita tapi kita masih tak nampak kan. Dalam al-Quran ada sebut pasal ketidakpuasan Iblis bila manusia dijadikan khalifah dan makhluk Allah yang terpilih sedangkan dia dijadikan dari ciptaan yang hebat..Allah jawab apa? Haa aku pernah terbaca terjemahan Al-quran tapi tak ingat pula surah apa..heheh.  Allah kata bahawa sesungguhnya Aku mengetahui sedangkan engkau tidak mengetahui. Nampak tak ayat tu seolah-olah Allah back up kita kan?Allahu :')

Maka, marilah kita jadi makhluk yang lagi banyak bersyukur dari makhluk yang lain. ALHAMDULILLAH..Allahumma Solli Ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa barik wasallim. Thats all and lets Dhuha! ;)










Sunday, 3 May 2015

Busy??...ke?

السلام عليكم..صباح الخير :)

Alhamdulillah thumma alhamdulillah

kita masih diberi nafas dan 2 nikmat iaitu nikmat iman dan islam. Harini aku nak kena buat assignment yang berlambak tuh. Busyy bebenor kita. Ya Allah itu baru sikit sebenarnya. Yela kita baru student dah busy sana sini..padahal belajar je kott. Belum lagi kerja lagi la busy. kalo kita boss, nak gaji orang lagi ceyy. Nak jaga parent..haa lagi2 kerja time da kahwin pastu pulak ada anak. Nak jaga makan minum pakai suami and anak2 then nanti.....opss!

eh dah dah. haha apa pulak jauh ngat aku ngomong.waduh..belum lagi terpikir sejauh tu la. Tup tup mati datang dulu. Haa hadap la malaikat maut muunkar nakir lam kubur nanti ko nak jawab apa?

Back to our topic okay. Hmm cakap pasal 'busy' ni. Yeke betul ke kita busy? Sampai tak sempat nak buat n tambah amal nak beribadat nak tambah rohani dalam diriAlasann sebab busy.

"Weyhh, jom nak gi ceramah dekat Dewan Perdana. Kat Masjid pulak ada buat qiamulail malam ni..banyak nih, mana satu nak gi?"

"Err sorry arr..ko gi la sorang sbb aku banyak benda nak buat ni. Esok nak kena submit macam2 assignment.."

Well its normal la kan. Student's life. Busy memanjang. Kekadang Sya pun camtu..tak yah nak cakap orang la kan.

 But then terfikir juga. 
'Allah..dunia je semata semua tu. Takkan la nak busy ngan dunia ni? Akhirat campak mana? Kan best kalo busy ngan ukhrawi. '

"Weyh, jom buat assignment sok?"

"Maaf la esok aku nak kena gi masjid kat Kampung Pinang Sebatang tu.."

"Eh nak buat apa kau katsitu..nak dengar ceramah ke?tajuk apa?"

" Haah ada ceramah..bukan nak dengar ceramah tapi aku sendiri nak ceramah orang..kongsi ilmu sikit"

wooo kan best kalo dengar cenggitu..hehe
.
.
.
Sebab akhirnya kita akan balik ke kampung kita. Ye kampung akhirat. No matter how busy our life is, dont forget our ukhrawi. Apa bekalan amalan kita nak bawa nanti? 

Renungkanla ye. Sampai sini saje sbb aku nak sambung wat kerja yg tergendala tu. Heee

Have a nice day!


Salam ketemu kembali !

السلام عليكم 



Dah lama rasanya tinggalkan blogging..nampak tak tu buat blog semata-mata nak hilang bosan je lepas SPM 3 tahun dulu.then abaikan pastu lupa da sbnrnya ada blog..hee biarla bukan penting pun

Sekarang nk sambung balik. And now here we go. Bismillahirahmanirahim..

Dengan ini aku ingin merasmikan blog yg tergendala ini bahawasanya . . . Erk

*bunyi burung gagak  ditambah  *bunyi cengkerik sikit

~ merapu habis aku..for sure bukannya ada yg nak baca pun *mata atas, tangan letak bahu
  hahaha

Ermm..actually dalam blog ni insha Allah aku kata nama lain Sya, nak kongsi ilmu sikit demi sikit untuk ummah sejagat ceyy.. biarlah takde org baca pun. Mana tahu lepas aku mati ada orang yang baca kan..bertambah juga amal aku yang sememangnya ciput ni.kan?..Di samping aku sharing pasal life aku katsini, boleh juga blog ini dijadikan salah satu medan dakwah. Insha Allah, May Allah ease.
.
.
.
Memang ramai je insan insani dah berdakwah kat sana sini tapi kita tak boleh nak jadikan tu sebagai alasan untuk kita tidak berdakwah kan?

 Others would say...
"alaaahh, malas la nak dakwah..leceh! Kan dah ramai yang dakwah. Buat apa lagi aku nak dakwah! Sama je kan...uh!"

You know what? It is same as you say this...
"alaaahhh, malas la nak masuk syurga. Ramai dah tu yang masuk syurga.."

Hmm..you got it right?..soooo jom kita ramai2 dakwah ( ramai2 masuk syurga )

So as a dae'i(pendakwah) kita mesti jalankan tugas yg Allah amanahkan kat kita ni. Jangan ambil mudah dan ambil remeh je tau. Allah jadikan kita ni khalifah yakni ketua ke ats makhluk yang lain..dannn ingat kita juga khalifah ke atas diri kita sendiri tau. Aik?camane tu? Haa mksudnya dengan nikmat yg Allah bagi kat kita ni macam tangan kaki mata mulut nyawa waghoiruha (dan selainnya) tu, kita mesti guna dengan sebaiknya means mata tengok benda yang baik2, kaki jalan ke tempat yg baik2 mcam majlis ilmu dll..boleh pikir sendiri kan da besar hehe

Besides, we also as a mad'u (orang yg menerima dakwah)..Jangan rasa kita ni daei  je pastu taknak terima pakai nasihat dan teguran orang lain. Hey! Nobodys perfect la..yes Allah jadikan kita sebaik-baik makhluk dan itu bukan bermaksud kita ni lengkap serba serbi taw..we just a slave of God. still ada banyak kurang so kalo orang tegur tu terima la walaupun kita ni ustaz ustazah pun. Even yg bagi nasihat tu tak perfect itu tak penting..yg penting input nasihat dia tu..jangan tengok sape yg bagi teguran tapi terima la apa yang dinasihatkannya. Hatta yang bagi nasihat tu banyak maksiat. Come on guys! Berlapang dada
.
.
Haa btw we have to know that....Berdakwahlah banyak mana, berkatalah banyak mana pun. Tapi kalau title 'Famous' yang dicari. Ranap habis. Niat mesti betul dan perlu tajdid niat setiap hari okay? ;) Thats all for tonight. Walaupun ayat aku berterabur but hope u guys dapat input.

Actually, apa yang aku bgitahu sume ni berbalik pada diri aku dulu baru orang lain. Aku sendiri pun tak perfect and still in progress mujahadah. Pray for me okay.


Nighto ! Lailan Saedah :)