Nice shoot of mine in early morning from site view of my block..really amaze n speechless in few seconds. SUBHANALLAH ! Allahu Akbar...
Aku terpana lagi
Buat sekian kalinya
Mata tetap tidak jemu memandang
Melihat, meneliti, menghayati
Panaroma alam yang sungguh indah permainya
Lagian di waktu fajar itu
Tatkala ramai insan masih diulit mimpi.
Tatkala kepala didongak
Memandang langit nan indah
Hati selalu berbisik dan tertanya
'Ya Allah, Engkau sedang memandang aku dengan kasih sayang bukan?'
'Benar, rahmat Allah sedang memayungimu'
Hati segera menjawab persoalan minda.
Akan tetapi diri ini jahil
Kerana buta dalam menilai cinta tuhan selama ini..
Kau mengejar bahagia
Tetapi kau lupa
Bahagia itu datang dari hati
Yang mengenal Tuhannya ALLAH..
Fatamorgana maya yang seindah sentuhan alam
Indahnya itu tidak mampu diucap dengan kata
Menyentuh sanubari kalbuku
Terkadang aku dibuai dengan panahan alam
Yang bagiku sungguh menakjubkan
Namun..semua yang indah itu
Sebentar cuma
Seindah cuma
Walau cantiknya ia, tetapi tidak kekal
Yang kekal jua adalah di sana
Ya, alam sana yang bakal kita huni
Itu yang abadi
Selamanya...
NUKILAN; Nurul Syakirin Ahmad
Eh! Terbuat puisi pula.hehe..takpelah jiwang sikit dengan Allah pagi-pagi kan.
Puisi tu hanya mengungkap segala rasa di hati aku je. Hakikatnya keindahan alam maya tak mampu nak diungkap mahupun digambar melalui kata-kata. Begitu hebat ciptaan Allah. Patutla langit tu bersih dan cantik je sebab langit sentiasa memuji berzikir kepada Allah sepanjang waktu non-stop tau. Sedangkan kita? Allahu rabbi, sepatutnya kita la kena lagi banyak memuji Allah tau daripada zikir sang langit. Sebab apa? Ya, sebagai tanda syukurnya kita kepada-Nya kerana kita adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah daripada makhluk-makhluk lain yang Allah jadikan.
Kalau kita fikir balik kan, kita ni makhluk yang dijadikan daripada tanah je nak dibandingkan dengan jin dan malaikat yang dicipta daripada api dan cahaya yang mana jauh dari akal fikiran kita mereka lagi hebat, kan? Sampai Iblis tak puas hati bila Allah suruh dia tunduk kepada Adam sebab dia rasa dialah makhluk paling hebat sebab dijadikan daripada api sedangkan Adam dicipta dari tanah je...
Tapi kan, dalam banyak2 makhluk..Allah memilih kita menjadi khalifah di atas muka bumi dan Allah da sebut dalam Al--quran yang kita ni manusia adalah sebaik-baik ciptaan tau. Allahu, besarnya rahmat Allah kepada kita tapi kita masih tak nampak kan. Dalam al-Quran ada sebut pasal ketidakpuasan Iblis bila manusia dijadikan khalifah dan makhluk Allah yang terpilih sedangkan dia dijadikan dari ciptaan yang hebat..Allah jawab apa? Haa aku pernah terbaca terjemahan Al-quran tapi tak ingat pula surah apa..heheh. Allah kata bahawa sesungguhnya Aku mengetahui sedangkan engkau tidak mengetahui. Nampak tak ayat tu seolah-olah Allah back up kita kan?Allahu :')
Maka, marilah kita jadi makhluk yang lagi banyak bersyukur dari makhluk yang lain. ALHAMDULILLAH..Allahumma Solli Ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa barik wasallim. Thats all and lets Dhuha! ;)
|
No comments:
Post a Comment