Friday, 7 August 2015

Sesuatu yang pasti..

Assalamualaikum w.b.t..
Rasanya tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan "Kullu am wa antum bi kheir,,Taqabballahu minna wa minkum"..Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin..Sebulan kita melatih iman kita pada bulan tarbiyah bulan mulia, semoga kita menjadi hamba yang qowiy di medan pertempuran sebenar selepas bulan Ramadhan dan moga setiap amalan kita diterima dan diberkati Allah. Insha Allah amiinn..

Hari ni aku tertarik untuk ceritakan tentang mati..ya mati T_T ..sebut pasal mati ni memang akan mematikan keseronokan kita..mematikan kelazatan dunia..memotong kelazatan.
Setiap yang hidup pasti mati. Kullu nafsin zaikatul mauts..Dalam dunia ni ada dua orang yang beruntung iaitu apabila dia mati dia ada bekalan..dan bila mati dia masuk syurga..Dalam kitab sakaratul maut mengatakan, orang yang mati pasti dan mesti akan melalui Sakaratul Maut.. Allahh. Kalau kita nak tahu, malaikat maut akan menziarahi kita 70 kali sehari 24 jam setiap masa. Kalaulah kita ni sedar dan terserempak dengan malaikat setiap kali dia ziarah kita, mesti kita ni akan sibuk buat baikk je n x buat perkara sia-sia kan? tapi sayangnya, kita lupa akan hakikat tu. 

Malam tadi aku mimpi aku sudah menemui ajal. Mimpi tu seakan-akan benar berlaku pada diri aku di mana aku dapat melihat diri aku dimandikan oleh orang ramai. Ya ALLAH aku takut sangat pada waktu tu..aku menangis sendirian sebab aku bakal meninggalkan dunia ni..tinggalkan keluarga dan orang-orang yang tersayang..dan paling sedih amal aku tak seberapa lagi dan dosa aku menggunung tinggi bagaikan tak mampu lagi ditanggung oleh kedua-dua bahuku tapi Alhamdulillah dlam mimpi tu,,aku dalam keadaan yang sempat bertaubat kepada Allah. Kiranya dalam mimpi tu aku mati dalam khusnul khatimah sebab aku rasa tenang je dalam mimpi tu tapi hampa sebab lepas tu aku tersedar dari mimpi dan aku kembali ke alam yang nyata. Aku tersedar dalam pukul 3 pagi macam tu dan memang tak dapat nak gambarkan bagaimana gembiranya hati aku sebab Allah bagi peluang lagi kat aku untuk menambahkan  amal nak bawa jumpa Allah nanti..aku seakan-akan diberi peluang kedua oleh Allah. Alhamdulillah ya Allah..kau beri aku peluang untuk aku berbakti kepada orang tuaku..Alhamdulillah...pada malam tu bibir aku tak henti-henti untuk menyebut kalimah syukur dan taubat T_T

Kalau boleh malam tu juga aku nak buat solat taubat dan sujud syukur tapi aku uzur time tu jadi aku mampu ucap syukur smpai aku terlelap kembali. Tapi bila difikirkan semula alangkah indahnya kalau aku mati je malam tadi sebabnya dalam mimpi tu aku kembali dalam keadaan yang baik..tapi aku tahu ada hikmahnya disebalik semua tu. Ada sesuatu yang telah Allah rencanakan untuk hidup aku. Terima kasih Allah :')



Aku ingat lagi ketika aku berumur 15 tahun. Pada ketika itu aku berada di rumah ciknoi . Dan masih segar lagi di ingatan aku waktu tu hari Sabtu ada gathering kat rumah ciknoi, makan masak sesama di rumahnya. Sebabnya waktu tu cikyah(isteri ciknoi) dah sakit-sakit (cancer stage 4),hanya terlantar di katil,, jadi kami ni datangla ramai-ramai ke rumahnya untuk ziarah dan dapatla gembirakan hatinya sikit..lagi-lagi waktu tu tengah weekend, semua memang free. Petang tu pula mak-mak saudara termasuk ummi(mak aku) ni cadangnya nak buat kuih puteri mandi kat rumahnya. Jadi untuk beli bahan-bahan nak buat kuih tu, makcik2 aku ni semuanya (kecuali arwah cikyah) keluarlah beli barang naik sebuah kereta. Tinggallah bapa saudara, sepupu sepapat kecik-kecik ni je kat umah ciknoi. Entahlah aku pun pelik. Yelah nak beli bahan buat kuih bukan banyak sangat pun jadi tak payah la semua makcik aku ni nk keluar..biarlah sorang je yang tolong belikan ke apa kan..tapi tulah aturan Allah sudah begitu.

Waktu mak2 saudara sume ni kat luar beli barang,.pak sedara sumenya tido dlam pukul tiga camtu..aku ngan sepupu yang lain semuanya tengah tengok tv dan kebetulan tengah tengok Movie Melayu tajuknya 'mati'. Aku memang tak minat cerita tu so memang tak layan sangat. Aku dan Dek'a (anak arwah cikyah) berbual-bual..tapi bukan bual-bual kosong. Kami bercakap tentang mati dan tanda-tanda mati sebab kebetulan movie pun tentang mati kan..Bual punya bual tiba-tiba dek'a tergerak hati nak tengok ibu dia yang terlantar sakit di bilik..aku tak tahu pun dia nak pergi mana. Aku pun pelik..'eh, Dek'a nak pergi mana kan'..dan aku pun tergerak hati nak tengok cikyah tanpa aku tahu yang Dek'a pun sebenarnya gi jengok ibunya di bilik..Masuk-masuk je bilik..terdengar kuat esakan Dek'a dengan linangan air matanya  yang tidak henti-henti.

"Ibu !! Ibu !..ibu kenapa ni..kenapa dengan ibu ni..ibu jangan macam ni.."..tangisnya sambil memegang tangan ibunya.

Melihat keadaan arwah cikyah ketika itu..Allah...tangannya menggigil kedepan dan matanya seperti memandang sesuatu yang amat menakutkan, badannya kaku..Allahu ya Allah.

Waktu tu bagaikan tidak tertahan..berderai juga air mataku..aku tak mampu nak buat apa. Aku juga memegang tangan arwah cikyah..sejuk!..keadaan di kamarnya ketika itu kalut..tak mampu nak buat apa.

"Ya Allah ! kenapa dengan cikyah Dek'a?! Cikyah... ya Allah.."..tangisku. Aku pegang tangan cikyah yang ketika itu menggigil dengan kuat..

"Kita tak tahu kenapa..ya Allah kenapa dengan ibu ya Allah!!." juraian airmata semakin laju.

"Dek'a..sabar Dek'a sabar..Allah.."..aku pun dengan pantasnya pergi mengejutkan semua bapa saudara yang tidur tDI. Ciknoi berkejar terus ke bilik dan memeluk erat isterinya yang sedang nazak. Tidak dapat aku gambarkan suasana ketika itu yang begitu pilu untuk aku putar kembali. Aku terus capai mana-mana telefon bimbit yang ada. Punat ditekan dan panggilan masuk berhubung kepada ibu saudaraku.

"Makteh..balik sekarang! cepat! tak payah beli apa-apa..", ujarku segera dengan deraian air mata.

"Ya Allah..dah kenapa ni?",kata Makteh kebingungan yang tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Cikyah..cikyah..dia nazak..badannya menggigil..",getar suaraku di hujung talian.
Tanpa membuang masa, aku terus memutuskan talian dan segera meluru masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan cikyah. Tetap sama! . Hati aku semakin cemas ketika itu lantar aku menelefon ibu saudaraku untuk kedua kalinya pula. Kali ini aku dapat mendengar esakan kuat Makteh dan kesemuanya yang berada dalam kereta. Belum sempat aku berbicara..dia terus memotong bicaraku.

"Ya ya makteh semua dalam perjalanan..",ujarnya sambil deselangi esakan.

Tidak lama kemudian, mereka sampai dan terus masuk ke bilik dan mendekati arwah yang ketika itu sedang nazak. Tidak beberapa lama, kamar arwah sudah pun dipenuhi dengan sanak saudara dan juga kenalannya datang menziarah. Bergema bilik itu dengan bacaan Yassin. Anak-anak arwah ketika itu mampu mengungkap tangis dan seperti sudah tidak berdaya lagi untuk menangis. Aku hanya mampu memeluk erat tubuh mereka sambil memberi kata-kata semangat dan sambil-sambil tu aku cuba pegang-pegang tubuh arwah yang sedang nazak. 

"Ibu..ingat Allah bu..Allah,Allah, Allah...", kedengaran suara anak-anak arwah tidak putus-putus untuk mengajar ibu yang dicintai menyebut kalimah tauhid itu.

Tepat pada jam empat setengah selepas asar, arwah pergi menemui Ilahi. Sebak menyelubungi pada petang asar yang damai ketika itu. Arwah selamat dikebumikan pada pagi esoknya. Sungguh mati itu sangat dekat dengan kita. Inilah takdir kehidupan. Yang hidup mesti teruskan perjalanan banyakkan amal. Malam sebelum arwah cikyah meninggal, aku ada bermimpi  didatangi seorang wanita yang mukanya amat bercahaya dan tenang sekali..dan wanita itu adalah cikyah. Aku datang kepadanya dan memeluk erat tubuhnya. Tidak sangka pula aku mimpi itu sebenarnya tanda bahawa dirinya akan pergi buat selama-lamanya. 

Begitu cantik aturan Allah pada hari pemergiannya.Kami semua saudara-mara berada di rumahnya seakan-akan mengetahui akan terjadi sesuatu pada hari itu.



Sebak aku untuk menyingkap kembali waktu pemergian arwah Maktam pula. Salah seorang ibu saudaraku yang amat rapat juga sebab dia tidak berkahwin maka arwah sangat rapat dengan anak-anak buahnya. Kalau waktu raya, dialah yang gembira sekali apabila anak-anak buahnya balik sekali. Persiapan mercun dan bunga apa memang wajib lah dia beli sebab dia ingin melihat anak-anak saudaranya turut sama gembira. Arwah maktam ada rumah di Selangor sebab dulunya arwah bekerja di sana. Kalau waktu cuti-cuti sekolah mulalah dia 'plan' nak berjalan-jalan di KL dan membawa kami anak saudaranya. Rumahnya di Selangor menjadi tempat penginapan. Seronok kami seronok jugalah dia. Macam-macam cerita aku kongsi bersama dengannya.

Kalau maktam ke Serembn selalu juga singgah rumah Mama aku. Ingat lagi aku ketika mana arwah membaca al-Quran selepas Maghrib waktu tu. Arwah tanya Ummi tentang Tajwid sebab Ummi aku guru Al-Quran. Bersungguh betul dia membetulkan bacaannya. Sekejap-sekejap dia tanya aku pula.. Ya! masih segar di ingatanku bicaranya ketika itu.

"kaklong, cuba dengar maktam baca ni", ujarnya sambil menunjuk pada ayat yang igin dibaca.

Sesekali aku membetulkan bacaannya sekadar yang aku tahu.. "maktam, yang ni kena baca 2 harakat dengungnya sebab ni hukum wajibul ghunnah,'' ujarku.

"Ohh..kena panjang ke..macam ni ke..", bacanya perlahan. Aku tak ingatlah pula ayat apa yang dibacanya ketika itu. 



Allah..sudah genap setahun lebih arwah Maktam pergi. Pantasnya masa berlalu. Aku rasa baru semalam sahaja arwah meninggalkan kami. 

Sebelum arwah pergi, dia sakit sangat. Aku tak mampu nak tengok dia tanggung derita penyakitnya tu. Sampaikan dia tak mampu nak berdiri dengan sendiri hatta nak bercakap pun payah dan tidak beberapa dengar akan butir bicaranya. Waktu arwah sakit, arwah duduk di rumah Makteh dan makteh la yang menjaganya. Yang lain semuanya datang ziarah dan menjaganya juga di rumah makteh. Kami bergilir-gilir jaga. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk menjaga arwah walaupun tak lama. Waktu tu aku tengah cuti Sem. Aku datang ke rumah Makteh untuk menjaga arwah maktam sebabnya makteh kerja. 
Yang ada kat rumah makteh cuma aku dan Izzah, sepupuku. Itulah kali terakhir aku jumpa arwah maktam. Arwah maktam ketika itu sakit-sakit badannya dan tidak boleh duduk dan berbaring dalam keadaan statik je. Sekejap-sekejap mesti mengiring atau sebagainya dengan beralaskan bantal di atas sofa. Aku bantu dia untuk perbetulkan duduknya kerana arwah waktu memang sangat-sangat tidak berdaya. Sesekali juga dia suruh aku urut.

"Kaklong boleh tak tolong urutkan kaki maktam ni..lenguh-lenguh la, tak rasa apa dah. Sambil-sambil tu selawat sekali ya.", lebih kurang begitu ucapannya yang aku ingat.


Aku dan sepupuku temanlah arwah di ruang tamu. Ingat lagi aku...

"Maktam nak makan tak?ada bubur makteh buat tadi..kaklong ambilkan ya?"

"takpelah maktam taknak takde selera", ujar maktam perlahan.

"Maktam makanlah sikit..sikit pun takpelah nanti perut kosong. Maktam tak makan apa-apa pun dari pagi,"

"Yelah maktam makan tapi sikit je..kaklong ambil sayur sikit ya,"..sekadar mengambil hati.

Aku terus ke dapur dengan menceduk bubur yang agak banyaklah juga nak kasi maktam makan sebab badannya kurus sangat tak banyak makan. Bila maktam kata nak makan aku gembira la ..makanya terambil banyak.

"Ya Allah banyaknya kaklong ambil. Maktam nak sikit je maktam kata tadi"


Aku tersengih je la sambil tu terus suap maktam..

"Bismillahirrahmanirrahim.."


"Dah cukup maktam taknak"..aku pun alahai baru je sesudu maktam makan. Takkanlah sudah kot huhu.

"Maktam, banyak lagi ni..habiskanlah,"

"ehhh,, taknak dah maktam..tekak pahit. Bagi maktam sayur je sikt", terus diambilnya sayur dalam pinggan yang aku pegang tu. Betul-betul sayur je yang dia amik..Bubur yang lebih tu akulah yang habiskan sape lagi.


Tak lama tu tiba2.."maktam teringin nak aiskrim..", lembut hujung bicaranya menyapa telinga.

Aku terus ambilkan. Maktam  makan tapi sesudu juga. Aku juga lah yang habiskan. Mungkin maktam ketika itu hanya sekadar mahu membasahkan tekak.

Petang tu aku dan sepupuku berdua memandikan maktam. Dengan sehabis kudrat, kami cuba mengangkat tubuhnya yang agak kurus itu.

"Kaklong ngan Ijah pegang maktam kuat-kuat ya..maktam tak kuat dah macam dulu".
Allahu kata-katanya tu waktu tu memang buat aku sebak. Dalam keadaan sakit begitu, dia masih sedaya upaya nak mandi sendiri walaupun aku tahu dirinya tak lagi mampu. Tapi aku ngan Ijah mandikan juga maktam. Aku tahu dia malu waktu tu tapi takkan aku nak biarkan maktam sendirian. Sedih aku mengenangkan diri arwah ketika itu.Usai shaja mandi, kami bawa semula dia ke ruang tamu menggunakan kerusi roda.

Hari beransur petang. Makteh dah balik dari kerja. Ummi pun ambil aku disana selepas habis waktu kerjanya. Salam dan peluk cium terakhir aku dengan Maktam pada hari itu.
"Maktam, kaklong dah habis cuti Sem..nak balik dah ni. Kaklong doakan maktam sihat semula macam dulu"

Sayu matanya memandang aku.

"Tak payah la balik. Duduk la lama lagi katsini", katanya mengharap. Tidak kusangka pula itu adalah pertemuan terakhir kami.

"Erk,..macam mana eh..hmm kena balik maktam. Esok Insha Allah kaklong ngan ummi datang lagi",

Redup sahaja matanya dan tampak sedih selepas aku cakap macam tu.



Dua hari selepas tu, pada malam hari..dapat berita yang maktam nazak dan pada malam itu juga arwah pergi buat selama-lamanya. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun..
Wajah arwah pergi dengan keadaan tersenyum seakan tidur sahaja.

Ya Allah kau tempatkanlah arwah dikalangan hambaMu yang soleh yang engkau janjikan syurgaMu ya Allah. Aminn ya rabbal alamin. Alfatihah buat arwah maktam dan juga arwah cikyah.





Wa ilaihi turja'un. Kita milik Allah dan akan kembali kepada Allah jua. Ingatlah sahabatku, pengakhiran kita adalah berjumpa Allah iaitu mati..tak perlulah kita nak sombong ats muka bumi ni.

Ada apa pada nama/pangkat?sedangkan pangkat terakhir kita adalah Allahyarham..
Ada apa pada baju yang baharu?sedangkan baju terakhir kita adalah kain kafan..
Ada apa pada tilam yang empuk?sedangkan kita akan bertilamkan liang lahad sahaja..
Ada apa pada rumah yang mewah/besar?sedangkan teratak terakhir kita adalah alam barzakh..

ALLAHU ROBBII..

Hakikatnya tiada apa yang kekal atas muka bumi ni..mengikut kajian,selepas kita mati nanti anggota badan kita hanya akan bertahan untuk beberapa ketika sahaja : 

Hati-bertahan hanya 10 min
Akal-tahan hanya 20 min
Mata-4 jam bertahan
Kulit-5 jam bertahan
Tulang belulang-bertahan selama 30 hari

tapi...Amal Soleh/kebaikan-bertahan/kekal sehingga ke Hari Kiamat..Allahu Akbar!

"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.."

Late is better than never..masih belum terlambat untuk kita nak tambah amalan. Biarpun amalan yang kita lakukan itu sikit yang penting kita amalkan dan istiqomah.
Adakah nanti kita sempat bertaubat?adakah sempat memohon maaf?adakah sempat mengucap?Allahu..

Untuk semua yang pernah aku lukakan hatinya..dengan serendah-rendahnya diri ini memohon maaf kerana ajalku tidak menunggu waktu dan ajalku itu ditangan Tuhan.

Semoga beroleh manfaat dunia akhirat..Wallahu alam.
Assalamualaikum...












No comments:

Post a Comment