Bismillahirrahmanirahim. .
Assalamualaikum wbt..
Aku pernah bagi tazkirah depan kelas aku tentang zikir. So, harini nak kongsi semula disini supaya aku tak lupa.
Okay..hmm
Hati yang berzikir ni adalah hati yang hidup.
Banyakkanla daripada kita untuk lebih mengingati Allah. Yakni banyakkan berzikir. Kaitkan apa yg kita cakap dengan Allah.
Kurangkanla daripada kita daripada brcakap yg sia2 dan buruk. Dahulukan akal daripada lidah sebelum kita berbicara. tolonglah stop mulut kita ni drpda mencarut. Misalnya B.o.d.o.h dan sebagainya..bagi sesetengah kita mungkin perkataan tu dah biasa sbb selalu ckp dan jadi immune dgn khidupan seharian kita. So bgi kita takde bende pun. Tapi org lain yg dengar?adkah mereka biasa dengar? ia tetap buruk kan bila didengar orang..tanpa kita sedar..prkataan yg selalu kita sebut tu telah mnjadikan hati kita ni keras dan berpotensi menjadi hati yang mati. Dan sperti nabi sebut...orang yang jauh dengan Allah adalah orang yang hatinya keras. ALLAHUROBBI..wa nauzubillah.
Ketahuilah drpd kita bahawa bila hidup kita ni dah jauh drpd Allah, khidupan kita jadi sia-sia. Saya ulang. Sia-sia !
Boleh ke kita hidup kalau Allah dah jauh dari kita? Susah hidup insani itu ble diri dia jauh dengan Allah kerana kehidupan seharian kita mgrapkan belas ihsan dan rahmat tuhan. Betul?
Ya Benar...hari2 kita solat, baca quran, buat amalan sunat dan sebagainya..perfect la! Dan dengan itu kita sangka kita dah dekat dengan tuhan? Benar begitu?..tapi kemanisan ibadah tu sebenarnya dah takde bila kita jauh dengan Allah. Hati kita tidak lagi bersama Allah. Kadang2 dalam solat teringat kat bende lain..dalam solat ni sedang berhadapan dengan Allah masih lagi kita ingat benda lain. ALAHH.. apatah lagi di luar solat?sejauh mana kita ingat Allah? Sejauh mana kita kaitkan percakapan kita ni dengan Allah?..kadang2 kita rasa susah nak menangis depan allah ketika berdoa..ketahuilah, hati kita da keras sebenarnya..kita jauh dengan Allah..sebab tu hilangnya kemanisan dalam beribadah tu tak lain tak bukan sebab ‘kemanisan’ maksiat mula menyibuk dalam ruang hati. sikit-sikit dia ambik tempat.
Jadi sahabat yg disayangi kerana Allah, jangan tunggu hati kita nak bersih baru nak zikir tapi berzikirlah untuk bersihkan hati..
Otw nak menuju mana2 naik motor naik kereta atau jalan kaki sekalipun..tak salah kan kalau kita nak berzikir atau berselawat?ingat Allah je pun dah memadai..biarlah orang kata kita ni bajet/ syadid dengan mulut kita terkumat kamit zikir camtu kononnya alim la kan. Allah je boleh menilai kita sejauh mana kita ikhlas atau tidak dalam berzikir..Basahkan bibir kita ingat Allah spanjang perjalanan kita nak kemana2 pun. Allah akan memayungi kita dengan rahmat Dia yang maha luas sepanjang perjalanan kita..dan kalau-kalau kita mati dalam perjalann kita, kita mati ketika mana hati sedang bersama Allah..ketika iman sedang memuncak . Subhanallah! Khusnul khatimah pengakhiran kita insha Allah..
Bercinta la dengan Allah dengan berzikir..bercintalah dengan kalamullah yakni surat cinta Allah. Berbahagialah dengan berzikir mengenal Allah. Barulah Hidup kita ini terarah.
Jika betul diri kita ini ikhlas bermujahadah..buktikan dan nilaikanlah sebaik mungkin jihad kita tu.
Yang baik dari Allah jua dan segala kekhilafan dari diri sya yg khilaf ini.
Semoga beroleh manfaat
Wallahu Alam..
Nukilan di petang yang hening,
NURUL SYAKIRIN BT AHMAD ♡
Maaf atas segala salah bicara saya .
Saya khilaf. Mohon nasihat di ruangan shoutbox di sebelah kanan blog atau di ruangan komen ☺
