Sunday, 21 May 2017

Sedikit sharing..

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum wbt :)
Baiklah hari ni, aku cuma nak coretkan sedikit petikan ceramah dari taman-taman ilmu yang aku dengar di surau taman aku weekend last week. Aku takut lupa apa yang aku dengar maka jadi sia-sia lah aku datang tempoh hari. So aku abadikan apa yang aku dengar kat blog ni. Setidak-tidaknya, aku dapat baca semula apa yang aku taip ni nanti-nanti. Aku dapat manfaat semula dan orang yang membaca pun dapat manfaatnya insha Allah!

Haritu kat surau taman aku ada buat solat Tasbih. Kami buat 4 raka'at 2 salam. Alhamdulillah dapat juga habiskan 30 minit buat solat tasbih. Rasanya ni kali ketiga ke keempat tah aku buat solat sunat tasbih sepanjang hidup aku 20 tahun ni (not officially 21 kayh). Hurm aku jujur kayh huhu teruknya. Padahal, punyalah sebesar-besar fadhilat dirikan solat sunat ni tau. So, bila kat surau adakan solat ni & ceramah among muslimat je then aku pun grab lah peluang ni (itupun ummi ajak haha kalau tak, aku tak tahu pun ayyo nama je surau depan rumah teruk aih syakirin ni kann). Lepas setengah jam lebih habis solat sunat tasbih berjemaah, ada sedikit tazkirah oleh seorang ustazah jemputan. Lupa nama beliau. Allahh huhu. Moga Allah merahmati beliau atau ilmu yang beliau kongsikan ni amiinn.

Meh kita nak share sikit apa yang kita dapat ;) Kita point-point kan je lah ya

💕 Tingkatan zikir paling besar adalah hati. Dan sebesar-besar zikir, sebesar-besar pujian adalah solat yakni zikir biljawarih. Sebab itu nabi sebut dalam sebuah hadis, "solat itu tiang agama (tiang khidupan). Barang siapa yang mendirikan solat, dia ibarat mendirikan hidup dia dan barangsiapa yang meninggalkan solat/mengabaikan solat/tidak solat dengan sempurna maka dia telah meruntuhkan agama dan kehidupan dia". 


💕 Mahalnya erti sebuah kemaafan. Perasan tak kita? Kalau dengan kawan-kawan mudah sahaja kita memaafkan...
"Takpelah saya dah maafkan lama dah kesalahan awak dekat saya"
Amboiihh kemain lagi dengan orang lain kan?

Tapi bila dengan keluarga terdekat/suami sendiri 'contohnya'...
"Bang ingat tak 3 tahun lepas? Perkara yang lama..berdarah balik hati saya. Kalau saya ingatlah apa yang abang buat dulu-dulu...hmm hmm"
ALLAH,,kita susah nak memaafkan orang yang terdekat dengan kita. Kenapa?

Ramai juga kita jumpa ibu-ibu yang berusia kan..
"Ustazah, saya tak boleh lupa la apa yang anak-anak saya dah buat. Saya tak tahu bila lah dia nak berubah. Bila lagi dia nak berubah"
ALLAH,, Makcikkk, selagi makcik tak maafkan anak makcik, selagi itu anak makcik takkan berubah. Kalau nak dia berubah, maafkan dia sepenuh hati.

Mahalnya kan erti sebuah kemaafan? Okay ada satu cerita ni..

Seorang banduan ni dia 17 tahun di penjara. Kisah benar ya. Macam-macam kesalahan dia dah buat. Dia pernah merompak, mencuri. 17 tahun di penjara, maka dia dibebaskan. Dia cari kerja tapi orang tak bagi di kerja. Tempat tinggal pun merata. Suatu hari, adalah seorang perempuan tua ni bagi dia tempat berteduh, bagi dia menumpang di rumahnya. Tak lama lepas tu, pemuda tu hilang dengan barang perak kat rumah makcik ni. Dia mencuri lagi! Dahlah makcik ni bagi penumpang. 

Tak lama kemudian, datanglah polis bawa pemuda ni ke rumah makcik ni tadi. Sebab orang yang baru keluar penjara ni masih diawasi polis lagi. Pegawai polis ni kata, "Wahai orang tua, pemuda ini telah mencuri barang-barang dirumahmu dan menjualnya." Maka makcik ni tiba-tiba berkata sebegini, "Wahai anak muda, kamu tertinggal barang. Bukan barang tu je yang makcik bagi untuk kamu jual. Ada lagi barang lain ni."  Perasan tak Makcik ni 'cover' pemuda tu?

Lepastu makcik ni yakinkan pegawai polis tadi bahawa pemuda ni bukan mencuri tapi dia memang bagi. Pemuda ni pelik then dia tanya, "Wahai makcik, kenapa engkau melakukan hal yang demikian? Kenapa buat macam tu?". Lalu makcik ni pun jawab, "Wahai anak muda, aku memaafkan kesilapan kamu setelah aku memberikan kamu tempat tinggal, makan minum dan engkau mencuri. Aku maafkan kesalahan kamu. Tapi dengan syarat, kamu perlu berubah. Tinggalkan segala perbuatan jahat kamu. 

Lalu pemuda ini ditakdirkan Allah berubah menangis-nangis minta maaf pada makcik tu dan dia berubah menjadi seorang pemuda yang baik. Kesimpulan cerita ni adalah... 17 tahun di penjara tidak mampu mengubah sikap seseorang akan tetapi kemaafan yang tulus dari seorang perempuan tua mampu mengubah kehidupan dia sedikit demi sedikit.

Sebab itu, memberi maaf dan meminta maaf adalah satu bentuk kemuliaan dalam Islam.  Ingat, iman ini dia ada 3 tingkatan. Yang pertama, ikrar bil lisan (kita sebut dengan lidah). Kita beriman/percaya dengan Allah. Iman yang kedua, ikrar bil lisan wa tasdiki bi qalbi (membenarkan/percaya dengan hati). Kemudian kita naik kepada tingakatan yang lebih tinggi iaitu wal amalu bil jawarih (beramal dengan tubuh badan). Boleh tak kita praktis/tekadkan dalam diri, kita maniskan muka dan sabar dengan orang-orang terdekat pada kita. Maniskan muka pada keluarga, adik, kakak, suami, anak, abang dan selainnya. Bersabar dengan apa jua bentuk dugaan yang bakal menimpa.

okay point lain pula...

💕 Kalau ada suami atau anak atau sesiapa pun lah kan yang menduga iman kita/buat perangai, pilihlah untuk berSABAR. Jadilah orang yang sabar. Firman Allah swt, "mereka yang apa apabila ditimpa ujian/musibah, mereka berkata inna lillah wa inna ilaihi roji'un". 
Jadi tips yang seterusnya..untuk jadi wanita yang terindah, apa pun ujian yang datang..anak tiba-tiba buat perangai ke, kita sebutlah 'inna lillah wa inna ilaihi roji'un'. Ini datang daripada Allah dan kita semua akan kembali pada Allah. Anak itu hanya perantaraan je tapi sekiranya kita tengok anak itulah yang menguji kita..itu yang kita marah benar kat anak. Kalau kita tengok suami itulah yang menguji kita..itu yang kita nak marah sangat. Tapi jika sekiranya kita faham bahawasanya ujian ini datang daripada Allah tapi perantaraannya suami/anak/jiran/kawan2/bos..barulah ketika itu hati kita redho, hati kita tenang. Allah dah sebut kan, hidup dan mati kita ini memang untuk diuji. Tapi Allah bukan bagi ujian macam tu je malah Allah bagi kita tips cara nak handle ujian Allah. :)

💕 Allah bagi kita ni kekuatan sabar. Mana kuat sabar? kita ke orang lelaki? hehe. Apa tanda orang perempuan ni lebih kuat sabar? Antara buktinya adalah orang perempuan ni sabar menerima ujian sakit yang Allah bagi. Ya, sakit mengandung, melahirkan dan menyusu anak. Orang lelaki takkan mampu mengahadapi kesakitan yang sama seperti ini. Itu hakikatnya. Orang laki demam je pun dah macam beranak haha (ustazah tu kata ea). Demam je dah tak buat apa-apa dah. Betul ke tidak? Orang perempuan kalau demam tu masih boleh buat macam-macam kerja lagi. Contoh terdekat mak kita sendirilah. Dia masih boleh memasak, mengemas dsb. Itu perbezaan yang besar Allah bagi kita sabar. Wanita ni ada rahim untuk mengandungkan, melahirkan. Itulah bukti kekuatan yang ada. Bayangkan, orang perempuan lepas dah melahirkan anak tetap mahu anak lagi padahal dia tahu tu sakit nak melahirkan. Seolah-olah dia dah lupa kesakitan tu. Tapi Allah tak pernah lupa. Allah catat kesabaran, kesakitan, keredhaan orang perempuan. Allah Allah :')

Berat perut orang mengandung ni dalam 10-12 kg haa tau tak? Even bila dah lahir tu baby 2/3 kg tapi yang berat tu sebenarnya air, uri, ketuban, darah..itu berat. Kalaulah buat kat orang lelaki, ikat 10 kg gula kat perutnya tu, agak-agak berapa lama dia boleh tahan? Sehari belum tentu. Nak pergi tandas kena bawa, nak pergi makan ke tido pun macamtulah dengan sakitnya lagi dia takkan sanggup. Tapi bayangkan ibu-ibu kita mengandungkan kita bawa kita 9 bulan beratnya. Tapi kenapa perempuan ini tak rasa? sebab Allah bagi kekutaan ini kepada kaum wanita. Dia boleh bawa dengan kasih sayang :') Ar-Rahim adalah tempat jatuhnya kasih sayang. Kekuatan kasih sayang itulah yang Allah bagi kelebihan kepada kita kaum wanita.

Kita sakit dan peliknya kita nak sakit itu berulang kali. Allahu..besarnya kasih sayang Allah yang diberi kepada kaum wanita kan? Merujuk pada satu hadis nabi saw.
Nabi saw ada menyebut dalam satu hadis yang terdapat dalam kitab 40 wasiat Rasulullah, hadis pertama dalam kitab hadis yang sahih. Sabdanya, "Wanita itu ada dua kekurangan berbanding lelaki. Fi AQLIHI wa fi DINIHI (pada akalnya dan juga pada agamanya)."

Tapi para ulama' menjelaskan maksudnya, kurang pada akalnya disini adalah bermaksud dia lebih kepada emosi. Kalau dari segi akalnya, cukuplah perempuan tu rasa sakit beranak tu sekali. Tapi disebabkan dari segi emosi perempuan itu yang begitu kuat, maka dia tak kisah untuk sakit berulang kali. Subhanallah..

Kalau pada lelaki pula, kalau dia sakit..dari segi akalnya dia tido ajelah kan. Tapi perempuan tidak boleh dek kerana kekuatan emosi tak boleh tengok bersepah..so dia bangun kemas. Rasa anak-anak nak makan, dia bangun masak even sakit. Logik akalnya kalau dah sakit, rehat je lah macam orang lelaki tu kan tapi kekuatan emosi menguasai segala. Hurm mungkin ada juga lelaki yang kuat emosi kan?hehe. Nampak tak kat sini, yang banyak buat kita sabar juga adalah kerana dek kekuatan emosi. Emosi kelembutan jiwa. Haa emosi pun penting tapi pandailah kawal dengan iman dan taqwa. 

Wa fi DINIHI. Dan nabi kata wanita ni kurang juga dari segi agamanya disebabkan ada keuzuran. Perempuan ni kurang sikit dari segi solatnya,puasanya dll sebab kita ada waktu-waktu yang tak dibenarkan. Jadi, macam mana kita nak sabar ni? Antaranya Rasulullah saw sebut, orang yang paling bijak dikalangan kamu adalah orang yang paling banyak mengingati mati.

haaa nanti saya sambung lah. Mata sudah ngantukss. 

Setakat ni jelas kan saya terang. Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak, jemput beri komentar kalian di ruangan komen atau 'say at me'. Okay? :)

Thanks for reading this entry!

Toodles..









1 comment: