Thursday, 24 November 2016
Syurgaku di Matamu Ummiku sayang
💌Syurgaku di matamu
~
Terngiang-ngiang di benak fikiran hal semalam..
"Ummi, pandang lah sini." sekilas wajah jernih itu melayang pandang ke lensa kamera.
'Kachhhikk', gambar diambil dengan lagak bersahaja. Tangan kiri ummi penuh memegang sebungkus plastik buah dukong. Gemar barangkali hingga dibawa kehulu kehilir sepanjang pantai. Sekejap-sekejap ummi duduk di persisiran pantai untuk dijamahnya satu demi satu buah.
'Ah ummi kalau dapat buah, susahnya mahu berhenti makan', monolog aku dalam senyum disebalik secebis kain menutupi muka. Seronok melihat ummi makan sehingga aku pula jadi berselera. Tiupan angin lembut tidak berhenti-henti menari.
Hembusan angin pantai bertalu-talu menampar tubuh. Tidakku endah lalu aku melihat sekujur tubuh itu, hati kecil berbisik 'macam mana nanti hidup aku kalau ummi tiada'. Aku benci suara hati tu. Soalan yang gemar sekali menujah fikiran. Rasa sungguh berdosa mencubit rasa. 'Tapi macam mana kalau aku pergi dulu?', berterusan hati serta kepala berfikir tiada kesudahan. Astaghfirullah al-'Azim. 'Hargailah mereka juga hargailah dirimu duhai anak. Banyakkan baktimu kerana itulah lorong mudah engkau menyusur ke syurgaNya kelak', monolog aku untuk aku.
Syurga itu telah berpindah di telapak kakinya, dibawanya ke mana-mana. Nabi pun menggelarnya sebagai tiang, tatkala kehidupan adalah bngunan.
Seringkali aku pohon pada Sang Kekasih Abadi. 'Jagalah dia untukku, jagalah dia untukku, jagalah dia untukku'. Besar sungguh kasih sayangmu ibu lalu aku tidak dapat membayangi betapa besar kasih sayang tuhan itu kepada hambanya. 1 rahmat kasih sayangNya dibahagikan ke seluruh isi bumi manakala 99 bahagian lagi di akhirat. Sama-samalah kita memburu 99 lagi rahmat yang tersimpan disisiNya.
Tiada upayaku melainkan hanya padaMu Rabbi💝لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم💝
Teringat monolog adik selepas dia solat isyak tadi. "Ummi, nak tengok kaki". "Em, takde syurga pun? Kan syurga ada kat telapak". Aduhai adik cha😂 Bisa saja kamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment